Nuffnang

Friday 29 April 2011

Ketagih

Skang ni kat office Shaya ada satu ketagihan
Ia telah menjangkiti kebanyakan pekerja department Shaya
Bermula dari seorang kemudian ke seorang yang lain
Ketagihan ini hanya dapat diberhenti apabila bekalan sudah habis sahaja

Itu pun cuma seketika
Kerana usaha mencari bekalan diteruskan sehingga ke PETRONAS
Betapa gigihnya kami mencari ubat untuk ketagihan kami
Tapi nasib baik kos yang perlu dikeluarkan tidak la menlangkaui kewarasan akal
Nak tau kami ketagihan apa?

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Kami ketagih makan kuaci
hehehehehehhehe





Thursday 28 April 2011

Duit Lebih


Siapa nak beli rumah?
Tapi Syarat utama kena ada duit yang banyak
hehehehehehe
Ayat propa tak hengat

Nak tau nape Shaya ckp mcm tu
Sila la g lawat web site  The Airie
Korang pasti akan dapat jawapannya


Shaya tak dpt komisen pun lau korang bl umah kat sini.
Just nak tnjuk antara konsep rumah-rumah yang ada skang ni
Pastu kita as pembeli just sediakan la kertas ada muka Agong tu yer
Lau kita berhajat nak mendiami rumah sebegitu rupa

Pastu sila pastikan yang anda mampu tuk mempunya seorang maid
Sebab kang siapa nak kemas umah besau-besau tu
Lau sendiri rajin n larat tak pe..
Boleh buat sendiri
Lau asyik busy memanjang
Camne ner...
Inilah hakikat kehidupan sekarang




Wednesday 27 April 2011

Study

Now Shaya sedang dikerah oleh Manager Shaya
Tuk buat market study tuk new land proposal

Makin hari rege rumah makin naik
Harga tanah jangan la cakap
Lau kat KL City Centre tu
Cikai-cikai pun sure dalam RM800++ sekaki

Lau yang luar bandar plak
Rege maybe murah tapi nak kena simpan dl plak
Sebab market tak bape nak untung

Ada plak kawasan dekat2 bandar
Dia punya orang sekeliling plak
Byk komplen katanya tak mau housing area dorang diganggu with other development
They want to live Rest and Peace


err...byk nak citer psl rumah ni tp nak kena siapkan keje dl yer
chiowww

Tuesday 26 April 2011

Bukan SiTi Yer

Bersambungan kisah Menatang shemalam yer
Itu bukannya Si Tikus
Tapi Si Tupai

Buat muka simpati mintak tolong lepas

Merenung jauh nasib diri
Alkisah Si Tupai ni
Kami dah nmpak semenjak kami pindah umah ni lagi
Dia duk kat pokok bunga depan umah tu
Ada la jugak sekali sekala dia masuk dlm umah
Tapi just lalu lalang je la
Tak de la kejadian yang pelik-pelik

Kisah bermula bila kami stat kemas umah
Dan jadikan bilik tingkat bawah yang kat dapur as stor
Maka bermula la kisah misteri

K memang sengaja letak lighter dia atas freezer
Tiap hari balik keje lighter tu mesti ada atas lantai
Shaya dan K
Masing-masing pikir salah sorang dari Kami yang terjatuhkan time bukak freezer
Takan ada hantu plak kan..Nak nak duk usik Shaya dan K
Than brg2 kat dapur asyik mcm kena usik jer..Misteri sungguh

Until1 day...Shaya terperasan kelibat Si Tupai ni ..
Berlari-lari kat dalam bilik stor tu
Wah...dia punya angkara rupanya

Semenjak tu Si Tupai ni punya perangai makin menjadi-jadi
Abes serata rumah dia jelajah
Bayangkan dia 'membuang' kat lantai dapur
Lantai toilet bawah dan bilik atas kat tangga pun ada
Dan yang paling bikin Shaya dan K panas
Atas sofa pun ada
Brg kaca pun ada pecah dek kerana onar Si Tupai ni

Waaaa....dia suda buat rumah kami mcm rumah dia
Shaya siap ckp kat K..
Tupai ni agaknya
Time kita g keje dia duk melepak2 kat sofa sambil tgk tv kot
Bila dia penat dia nak bilik atas tido atas tilam
Mcm dlm citer katun tu

Maka Shaya dan K pun terpaksa la menlancarkan Perang 2 Dunia
Hari Sabtu lepas kami g kedai hardware beli perangkap tikus
Umpan siap beli jambu air..Mahal plak tu rege jambu tu

Time kami balik dari kedai
Bukak je pintu nampak dia tengah melintas dr hall g dapur
Saja je dia duk nak show off kan diri
 Dia tak tau yang kami ada plan baekkkk tu dia


K letak perangkap tu kat dapur
Sambil-sambil tu Shaya dan K duk berehat2 sambil tgk tv
Dalam masa 2 jam lebih sket...Tetiba sayup2 shaya dengar bunyi "TUP"

Memula Shaya mcm buat tak tau jer
Sekali terfikir ntah2 perangkap dan kena
Rupanya betul...Meronta-ronta Si Tupai tu dlm perangkap
Mission accomplished

Nak tau apa nasib Si Tupai ni
Kami bwk dia blk Alor Gajah tau
hahahahahahha
bukan nak buat belaan
Tapi nak kasi dia berpindah habibat
Dari duk kat housing area yang manmade
Kepada truly nature based kat kawasan kampung

Maka kini Si Tupai sedang berkelana di Alor Gajah
Mencari haluan untuk meneruskan hidup
Dari kehidupan kota kepada kehidupan desa

Tamat





Monday 25 April 2011

Binatang

Cer Teka Menatang apakah ini?

Ada kisah disebalik menatang ini yer
Shaya citer kendian la yer
Shebab mau buat khojer dulu


Friday 22 April 2011

Muka Sendiri

Kebiasaannya kita akan mintak org yang lukis muka kita
Or kita lukis muka kita berpandukan gambar
Atau kita tgk cermin than lukis wajah kita

Macam mana kalau kita perlu lukis muka kita
Tanpa bantuan semua-smua tu 
Maksudnya
Tetiba org kasi kertas dan pen or pensil
suh kita lukis jer
Agak-agak korang mampu tak lakukan?

Shaya berjaya lakukannya
Nak tau camne rupanya?
Gi ne ler
Sewaktu Team Building di suatu masa dahulu

Wednesday 20 April 2011

Hijau Merimbun

Haritu Shaya tnjuk Shaya punya laman kan
Kali ni nak tunjuk backyard plak
Ini la dia tanaman yang ada kat backyard yang tanahnya secinonet itu
Pokok keledek. Daun dia dah makin panjang menjalar. Nampak tak ada pokok bendi kat sebelah pokok keledek tu.

Pokok cabai yang dah start berbunga. Ada 6 bekas yang Shaya tanam cabai ni

Ada 3 poly bag yang ditanam dengan pokok kacang botor. Usia dia dlm 3 weeks. Time amik ni br dlm 1 week plus. Skang dah alih buh kat tepi pagar biar dia menjalar

Pokok bendi.Yang Shaya tanam dalam pasu ni dah start berbunga jugak. Ada dalam 8 pokok Shaya tanam kat tanah. Yang tu dia lambat sket membesar sebab tanah dia tak berapa elok. Yang kat tengah2 antara pokok bendi tu anak pokok cili besar. Shaya nak tunggu dia beso sket than baru pindah kat poly bag lain. Yang paling kanan tu nama dia pokok kencur. Lau buat bumbu kerabu Shaya suka buh kencur ni. Sedap

Yang ni pokok pandan, serai dan ubi kayu. Pokok2 ni time memula pindah umah ni mmg dah ada. Yang pokok pandan tu dulu cinonet jer ha. Daun yang paling beso pun adalah takat 1 jari. Shaya bela sampai jadi sihat mcm skang ni. Yang pokok serai plak dl mcm nak mati dah. Layu n kering. Skang ni dah merimbun. Pokok Ubi Kayu plak dl Shaya pernah try cabut isi dia. Ceh...cinonet je ha...So Skang yang guna pokok ubi tu as pokok tumpang tuk pokok kacang panjang dah as tempat berteduh tuk pokok cili yg baru disemai.

Shaya berjaya tanam 3 plastik je pokok kacang panjang. Tiap 1 bekas ada 2 or 3 pokok. Skang Shaya dah menuai hasilnya.

Nampak tak buah kacang panjang tu ada berapa? Time gambar ni Shaya amik kacang ni lum besau sgt. Tapi smalam Shaya dah tuai petik pun buah tu. Ni yang jelas nmpak je kan. Rupanya kat celah2 pokok ubi tu ada gak buah kacang tu terselindung

Ini Pokok daun kunyit. Cilok mak punya kat kampung. hehehehe. Pasni nak kena bagi 2 pokok pandan ni sebab nampak mcm dah penuh jer. Kang dia tak merimbun

Skang ni belanja dapur dah leh jimat sket
Lau takat nak  masak asa pedas daun kunyit leh amik kat backyard umah
Nak msk nasi lemak daun pandan n serai pun ada
So duit yang terjimat tu leh guna tuk shopping benda lain
Hehehehehehehehe


Tuesday 19 April 2011

Winner Of ....

Alhamdulillah
Shaya menang lagi..
Hehehehehe


Surat dr Blu Inc

Syukur atas rezeki yang Allah beri
Shaya menang lagi contest dr Magazine Female
Seronok bila menang-menang hadiah ni

Last Shaya terpilih masa tu dpt handbag Sembonia
Kali ni dapat Definite Cosmetics product worth RM369

Jom la kita sesama merajinkan diri menjoin contest dlm magazine
Modal yang kita kena peruntukan
Magazine, sampul surat dan stem
Siapa rasa berbaloi sila menjebak kan diri mcm Shaya

Saturday 16 April 2011

Ku Berjanji Kerna Cinta N The Perfect Canvas

Shaya dan K mcm pasangan yang lain
Pasti akan riki or google thema mcm mana yang kami nak buat tuk our big day
Salah satu drp nya ialah idea nak gunakan
Canvas printing as part of our decoration

Shaya pun dah lupa
Siapa yang 1st discovered The Perfect Canvas ni
Either Shaya or K

Kami decided untuk guna gambar kami masa kecik
Gigih la mencari gambar yang sesuai
Finally jumpa la
Gambar yg begitu chomelll..
hehehehehehe

Oleh kerana gambar tu dlm bentuk hardcopy
Makanya kena la Shaya amik semula gambar tu guna DSLR
Than kena edit sket coz as per  The Perfect Canvas requirement

As a general guide, images that are higher than 2.0MB in file size are usually good enough for excellent print out. For images with file size less than 1.5MB but higher than 700kb are still workable in most cases, but it might be subjected to a smaller canvas print size.

So gigih la Shaya mengadjust gambar tu
Biar saiz dia seperti yang diperlukan
Memula buat tak menjadi
Sebab time nak email pada K
Shaya tak perasan ada 1 function tu yang dia rescale balik size image tu
So elok2 image tu saiz beso dah jd kecik plak bl sampai kat K

Shaya dah mcm giveup jugak
Than Shaya mintak kepakaran adik Shaya plak
Untuk edit ngan scale blk image tu punya size
Adik Shaya Qais siap buat yang superimpose muka kita org lg

Yang berurusan The Perfect Canvas ialah K
K yang jumpa usben Yatt untuk amik final product
Tu pun tak sempat nak sembang lama coz hujan
Apapun thank you so much pada The Perfect Canvas
Kami suka dengan hasil kerja The Perfect Canvas

Ni la dia final product tu yer
Shaya

K

Kami
Sepatutnya ketiga2 canvas printing ada dia punya easel
Tapi yang 2 tu terlupa nak bawak
So yang letak kat entrance je guna easel
Yang kat dlm tu letak kat atas kerusi je la

So siapa yang rasa-rasa nak buat mcm yang Kami dah buat
Sila la berurusan dgn The Perfect Canvas

*The Perfect Canvas tgh buat special contest
Yang bertuah akan dapat FREE canvas printing

Lagu kat bawah ni lagu peveret jugak nih
Selingan utk n3 ni
Memang syahdu sungguh la

Friday 15 April 2011

My Breakfast


I had this for my breakfast
My homemade white cream sauce chicken n zucchini + garlic bread
Now i can start my day with smiling face

Thursday 14 April 2011

Tiffany Blue

Tiffany Blue
Mcm nama Filem pun ada kan
Sebenarnya ia adalah cake

Our Wedding Cake

The cupcake

 Kami tempah cake ni dr Kak Miss
Actually Shaya dah kenal Kak Miss ni lama
Since zaman berfotopages lagi
Shaya dan K just ckp kami nak kaler apa dan konsep mcm mana
Macam mana rupa bentuk dia
Semua kami serah pada Kak Miss
 Dan akhirnya terhasil la Tiffany Blue Cake ni

Layer yang paling bwh tu cake
Dan ada 3 tier cupcakes
Rasa dia smua ahli keluarga n sahabat handai kami kata sangat sedap
So siapa yang rasa nak cake secantik ini
Sila la berurusan ngan Kak Miss





Wednesday 13 April 2011

Belaan

Asyik citer psl kisah wedding je kang bosan plak kan
Now kita selingkan ngan kisah lain plak

Ni dia belaan shaya
Import mari dari bendang Parit 1 Barat Sg Besar
Tapi dah bermastautin kat umah dlm balang plastik
Kat umah mak untuk terlebih dahulu

Orang kata belaan ni digalakkan untuk dibela
Sebab dia so call boleh kasi amaran awal pada tuan rumah
Seandainya ada anasir-anasir halus yang ingin datang bertandang
Kerana belaan ni tak pernah tido

Sejauh mana kebenarannya
Wallahualam la kan
Sebab kalau kita terlalu percaya sangat pun kang jadi syirik plak
Tapi Shaya niat semata-mata just nak bela dia jer

Belaan shaya ni ada 3 ekor jer
1 jantan 2 betina
Jantan nama Coco, dan 2 betina nama Coci dan Cocu
Mari la berkenalan dgn Coco, Coci dan Cocu
Hai semua...


Tuesday 12 April 2011

Solemnization Day

Seperti yang Shaya dah bagitau dl
Date hari pernikahan kami adalah 31st Dec 2010
Nak tgk video sila ke SINI

So Shaya just buh gambar je la yer
Acikan



Sebelum majlis akad nikah bermula. Shaya, Adda (tukang design baju), Laily dan 2 anak buah. kami semua pakai kaler yang sama
Abah awal-awal lagi cakap tak nak jadi wali. Sebab dia nervous katanya. Time abah serahkan tugas jadi wali tu suara abah dah sebak.
Aqad Nikah
K dgn surat nikah sementara
Shaya plak sign surat nikah sementara

Batal Air Sembahyang

Serahan Mahar





Time ni mata dah bergenang menahan sebak tapi stil bleh senyum

Time ni mmg dah tak tertahan

Nampak air mata yang tak dapat dibendung itu

Air mata seorang sahabat



Nuffnang