Penafian

Shaya menulis perkara yang berkaitan dengan diri shaya serta orang-orang disekitar shaya samada secara langsung atau sebaliknya. Shaya juga akan meluahkan apa yang shaya rasa. Sebarang persamaan adalah kebetulan. Andai terasa hati atau tak bersetuju shaya pohon maaf. Penggunaan bahasa juga mengikut kesukaan shaya.Harap Maklum.Sekian

Tuesday, 23 August 2011

Dia ID Consultant Kami

Wanita sarat mengandung maut

JEMPOL 22 Ogos – Seorang ibu yang sarat mengandung tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama suaminya dirempuh oleh sebuah lagi kenderaan di Kilometer 15 Jalan Bahau-Keratong dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian pukul 10 malam itu, mangsa, Lai Siew Chin, 37, mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala dan badan manakala suaminya, Lai Cheon Kee, 37, pula cedera parah dan kini dirawat di Hospital Kuala Pilah.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, tiga lagi penumpang yang menaiki kenderaan jenis Honda CRV tersebut merupakan adik mangsa turut cedera dan dirawat di hospital yang sama.
Menurutnya, kemalangan berlaku ketika keluarga itu dalam perjalanan dari arah Ladang Geddes dekat sini menghala ke Kuala Lumpur.
“Siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu seorang lelaki dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Proton Waja.
“Pelanggaran itu menyebabkan kereta Kancil itu terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh kenderaan dinaiki keluarga mangsa,” katanya di sini, semalam.
Ujarnya, rempuhan itu menyebabkan kenderaan mangsa hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik sebelum terbabas ke dalam ladang sawit berhampiran.

Sumber : Utusan Online

Kami panggil dia KEN
Td during lunch hour ada yg g melawat dia
Xsilap kat Hospital Sunway Medical
Kesian kan
Kehilangan isteri terchenta dan jugak anak

1 comment:

Cho Zila said...

alahai kesiankan kehilangan...