Nuffnang

Wednesday, 11 May 2011

Ada Sesiapa Yang Pernah?

Selamat Semua
Shaya perlukan further info ni 

Web site dia agak kurang membantu dari segi perincian
Ada sesiapa yang dah join or pernah join?
Sila la kasi pendapat

Tuesday, 10 May 2011

Dome+TGI Friday's = Chelsea???

Untuk makluman shemua
Shaya bukan la Kipas Tegar Mati mana2 football team
Shaya biasa2 aja
Time world cup bila dah nak final nnti
Baru la Shaya akan pilih team mana yg nak disokong

Encik K iaitu jejaka pujaan hati Shaya
Adalah Kipas Tegar Mati Chelsea
Makanya bila Chelsea ada game
Seboleh-bolehnya dia nak tgk

K memang dah lama sangat mengidam yang amat nak mkn Beef Pie
Shemua gara-gara tgk AFC channel si Anna Olson tu ha
Maka bergandingan la kami mencari DOME Cafe

Destinasi yang dituju ialah Dome Subang Parade
Kenapa disitu?
Kerana ada urusan lain yg ingin dilakukan di Subang Parade itu
Dome ni menjadi pujaaan hati
Sebab kat situ ada Beef Pie yang terbaekkk sedap dia
Pastry cap dia tu...wallah....well cooked
Gini le rupanya Beef Pie yang diidamkan oleh K
The Fillers~Gourmet Beef Pie

Sementara K menikmati Beef Pie nya
Shaya plak makan ini
Yang pd hemat tekak n lidah Shaya lebih sedap dr Secret Receipi

Italian Warmers~Beef Lasagne
 Pas abes makan kat sini 
Ingatkan dah nak balik
Sekali K ajak masuk TGI Friday's plak
Give Me More Friday
Semua gara-gara nak tgk bola
Manchaster United vs Arsenal
Reason tuk tgk game tu ialah K nak Arsenal kalahkan MU
huhuhuhuhu

Makanya kandungan bahan yang diisi ke perut pun bertambah
Ni K yang order
Friday's Sundae. Vanilla ice cream topped with hot fudge, caramel sauce, nuts and whipped cream
Yang ni plak Shaya yang order
Cream of Mushroom.A rich, creamy soup loaded with mushrooms.
Nasib baik la MU kalah pd Arsenal 1-0
Agak berbaloi la jugak melepak kat TGI Friday's
Sambil menambah lelemak dlm badan
Huhuhuhu

Buat yang teringin nak makan benda alah ni
Sila la ubah keteringinan anda pd benda lain
Sebab out of stock yer buat masa ini

Brownie Obsession. A warm brownie covered in chocolate-fudge sauce, vanilla ice cream, caramel sauce and pecans.

Monday, 9 May 2011

Air Masak

Some info nak share
Semua orang tau minum air masak / air suam / air mineral
Sgt penting dan sgt bagus tuk kesihatan
Tp korang tau tak bl masa yang PALING BAIK tuk minum air?
Air paip yg terus ditogok dr kepala paip tak termasuk yer
Percaya atau tidak, 
Pengambilan air dlm masa yg tepat blh memberikan kesan yg optimum kpd kesihatan badan. 

Katanya lau kita 
Minum 2 gelas air masak LEPAS BANGUN TIDUR. 
Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman 

Minum segelas air masak
30 MINIT SEBELUM MAKAN.
Ianya membantu penghadaman & membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang utk kemasukan makanan 

Minum segelas air masak
SEBELUM MANDI. 
Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah 
  
Minum segelas air masak 
SEBELUM TIDUR. 
Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur 


Yang ni plak Shaya punya amalam
Tapi kadang-kadang terlanggar juga 
Minum segelas air masak 15-20 minit selepas makan
Sbb tak mau kasi perut ada spare tyre
huhuhuhu

Paling senang nak buat benda ni bl kat umah la..
Lau kat kedai makan agak pyg jugak nak pektis
Andai info ni slh sila la betulkan
Shebab Shaya bkn pakar pemakanan dan kesihatan mcm Kevin Zahri
So berapa gelaskah anda minum air masak dalam sehari? 
Bila anda minum air masak? 
Adakah masa minum itu sesuai? 

Friday, 6 May 2011

The Andaman

Actually lau nak ikutkan n3 ni n3 membayar utang
Sebab masa Shaya wat n3 honeymoon dl
Mimah ada kasi soklan yang berbunyi

The Andaman ni adalah A Luxury Collection Resort so bintang dia 5 la
Terletak kat Jalan Teluk Datai
Sinonimnya lau bintang dia penuh maka location kena mcm private la kan
Nak masuk ke hotel ni agak jauh jugak la
Amik masa dlm 20min jugak la
Dengan pemanduan berhemah yer
Jalan dia agak berliku-liku dan mendaki bukit
Siapa yang biasa mabuk2 lalu jalan berliku-liku
Harus punya boleh muntah

Kami amik package yang disediakan oleh Air Asia
Total air ticket n hotel RM 1,726.00 for 2 pax
Kebetulan masa tu The Andaman ni ada wat promo
Tu yang kami dpt rege agak murah coz lau normal rate mau total dia 2k tuk 2 pax

Bila dan confirm ngan AA n dah dpt hotel voucher
K pun buat courtesy call to The Andaman 
Just nak make sure everything in order
The Andaman tnya tujuan stay kat situ for holiday ker or ada seminar
K informed la for holiday or to be exact for honeymoon
Time tu la dorang offer for honeymoon package
Package ni xde kena extra caj pun

Tp Shaya tak sure la package ni valid tuk pasangan yg dtg honeymoon 2nd time, 3rd time dan seterusnya
Sebab time kami chk in semua duk tegur2 jari kami yg ada inai
Or maybe if nak g 2nd honeymoon kat sini
Kena pakai inai jugak kot
hehehehhehehe

@Lobby Hotel. Tgh tunggu bilik siap kemas. Ada free wifi


Refreshment drink.

Swimming pool

Pasir pantai yang halus dan bersih

Hotel corridor
Menurut The Andaman punya duty manager
Dorang kasi kami bilik dah baru di refurbished
Tile n washroom dia dorang ubah jd lebih cantik
Katanya la kan
King Size punya katil. Bapak bosa

Couch tuk melepak2




Kat atas meja tu ada coffee maker sebenarnya. Dorang kasi espfresso ngan cappucino

Ni plak gambar washroom yang pada Shaya memang cantik
So leh nampak la kebenarnya yg dorang ckp br refurbish
Bila on smua lampu dia
Mmg cantik
Bath tab.

Shaya suka design counter top dia
Kami memang puas hati la dengan bilik dia
Selesa dan best
Service kat The Andaman mmg setaraf dengan amount yang kita kena keluarkan
Alah membayar menang mendiami

complimentary drink
So Mimah kang lau kau blk Msia leh la dtg holiday kat sini

Thursday, 5 May 2011

Bestnya


Tiba-tiba teringat keharuman secangkir Darjeeling Tea
Di nikmati bersama-sama dengan beberapa potong biscotti
Wah....manyak siok..


Wednesday, 4 May 2011

From Kamdar, Nagoya to Harison

Shemalam Shaya buh kartun psl YES kan
Kartun tu Shaya dpt dr The Star
Ni plak kesah Shaya bershopping kain ela
Actually pembelian kain ni bukan la semata-mata utk raya
Tapi lebih kepada pembelian pukal
Kenapa Shaya ckp mcm tu
Kerana Shaya telah selamat memborong sebanyak 8 pasang kain ela di KAMDAR
Shaya telah memborong kesemua warna bagi kain jenis yang ini.
 Semeter bagi kain cottan corak timbul2 tu ialah RM30++. Shaya tolong belikan sekali kain untuk adik beradik Shaya. Tahun ni kami boria corak tapi berlainan warna.
Nak memilih jenis kain n kaler tu pun siap kena MMS gambo ke kampung lg
Sib baik ada teknologi kan
Sonang sket
Oh ya..KAMDAR skang dah ada buat shopping online
Menarik tp merbahaya nih...hahahahhaha

Pengembaraan pencarian kain ela diteruskan ke Nagoya
Malangnya smua corak tak memenuhi kriteria yang telah Shaya tetapkan

Maka perjalanan diteruskan ke Harisons plak
Kat sini Shaya telah menjumpai apa yang hajati
Walaupun pada mula SA tu duk push2 suh beli kain yg paling latest dan byk org beli katanya
Shaya menjawab if kain tu the latest n ramai yg beli
Tak exclusive la kan...
Merata-rata orang pakai
Sekali terserempak dan mcm boria or kumpulan nasyid
Tidak ketinggalan Shaya telah mensigned up kan diri menjadi ahli
Next time datang leh dpt point dan rebate
Point harison club ni xde expiry cuma kad tu valid tuk 2 thn jer
Than kena renew la

Mungkin akan ada yang bertanya 
Kenapa tak ke JAKEL
Shaya agak kurengggg mengemari JAKEL
Atas sbb2 tersendiri yang tidak boleh dinyatakan disini




Tuesday, 3 May 2011

YES

Adakah perkara ini juga terjadi pada anda?
YES...YES..YES???
(Year End Sale)
lalalala

Nuffnang