Tuesday, 26 September 2017

Menang Contest

Weehuuu...
Senyum melebau bila dpt email
Dah lama amat tak menang pape 

Kalini memang rasa excited
Dpt email mlm
Esoknya dah g amik
Dapat jam tangan BONIA uols..


Namun Shaya rasa mcm nak jual la
Sbb byk nau dah jam
Nak cuba nasib buh kat carousell la.

Tuesday, 19 September 2017

Drypers Free

Siapa sini yang mcm Shaya
Duk kumpul point kat Drypers Club
Than redeem hadiah dia

Last redeem xde plak drypants ni
Yang ada normal tape tu
Shaya tak pakai yg tape
Sbb payah bl bebudak tgk melasak
Yang pants ni senang main sarung jer

So bl tgk ada drypants dlm list item 
Apalagi smpai 4 pack Shaya redeem
Dpt la dlm 1 pack yg normal size tu.


Asam Garam Personal Shopper

Weekend lepas
Abunk kawasan Ashh Annas
Buat sale FLAT RATE
Alhamdulillah rezeki Shaya
Dpt join as Personal Shopper

Syukur even for 1st time
Order memberansangkan
Total Sale 3k
Terima kasih pd yg sudi guna our service


Mcm2 kerenah uols yg kita kena hadap
Biasa Shaya akan mintak customer buat list order
Sekali dengan backup item
Sbb during sale
Harap maklumkan la kan
Ada item yg banyak ada yg sehelai je pun kenkadang tu
So untuk memudahkan Shaya amik stok
Shaya perlukan list backup

Yang customer ni tak faham
Kata xmo bagi backup
Suh Shaya update stok bl dah smpai butik
Ok..memula im ok
After dah settle or list normally Shaya akan msg customer 1 by 1
Inform item yg xde
Mana yg ada semua Shaya tak contact
(mana sempat dik non...)

Yang customer ni kita pun bg la list item yg ada if dia nak as backup
Skali dia marah kita dik no
Dia kata pesal smlm Shaya kata ada 
Harini xde
Adoiii..rasa kalau customer tu ada depan mata
Mau kena luku..hahahaha
Ayat tu plak kemain
Mcm bos mrh staff
Tau la awak tu lawyer

Shaya dengan geram terus cakap
Ok than i refund sj duit U
Bl dah petang n Shaya dah balik 
Butik pun dah tutup

Tetiba msg Shaya balik
Terus kata nak item yg Shaya bg list as backup
Kita pun..
Sorryyy 
Shaya dah tak amik order
Bagi no acc Shaya refund Skang.
Pastu Shaya remark dekat nama dia
As customer yg after this tak perlu nak diberi perhatian
Such a rude n bossy person

Shaya kan kalau customer ckp bebaik
Shaya akan layan dengan baik
Even ada yg terus ckp
Belum gaji
Nak deposit dl boleh ker
Im very reasonable person okey.
Shaya dulukan duit Shaya amik stok tu
(PS kena byr full yer utk amik stok)
After dorang dpt gaji n byr balance baru Shaya pos


Friday, 15 September 2017

Tragis + Sayu

Kisah yg amat meruntun jiwa
Shaya tak sanggup nak turn on voice 
Vid anak2 tahfiz yg terkorban dlm kebakaran semalam

Teguh betul hati yg mampu mendengar suara mereka
Shaya hanya membaca komen sepintas lalu.
Makanya bermula episod keyboard warrior

Shaya terbaca di twitter
Seorang personaliti tv
Dengan lantang mengatakan bahawa pengetua tu harus dipersalahkan 100%
Kerana take it for granted bab-bab safety

As a techical person yg selalu deal with local authority
on this approval matter
Shaya tersangat la maklum
Every single approval yg kita nak kena apply
memerlukan duit
in order nak buat submission nak kena appoint
Consultant or person yg layak utk sign the plan
Paling cikai2 pun at least 2/3ribu jugak
Xde nya ratus2 ringgit
Itu hanya utk buat drawing/ plan 
belum lg nnti masa buat submission nak kena byr fee lg

Maybe pihak berkenaan KIV urusan2 tersebut
Pabila berfikir its better gunakan duit ribu2 tu
utk keperluan student

Dalam pd berlengah2 tu la
Allah berikan ujian
Makanya terjadilah peristiwa sayu semalam
Sesungguhnya hanya Allah sj yg tahu
"Rasa" yg pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tu berhubung insident ni.

this is only my 2 cent
Coz really disagreed with that tv personality opinion


Thursday, 14 September 2017

UPSR

Semalam
Dari Pagi smpai ke petang shaya duk baca
Update kengkawan yg anaknya amik exam UPSR
rata-rata kata paper math semalam susah
Ada yg tak dpt jawab habis
dan ada juga yg menangis sbb tak confident dpt score A

Shaya sendiri yg ada anak 5yo ni pun
Bl ajar anak berperang jugak
Petang semalam ajar our Kay Ai math
Operasi Tolak
Khaleef kata cikgu kat sekolah tak ckp tolak
Cikgu cakap buang

Ha..sudah
Bila mummy kata tolak khaleef jd blur
Mummy gigih la jugak ajar
Walaupun byk aksi drama swasta

Update

Salam semua
Lama sesangat tak update blog ni
Jenjalan umah kengkawan pun dah lama tak buat
Insyaallah will do it slowly
Rindu nak baca kisah korang semua


Thursday, 5 January 2017

Lil Khaleef Journey Started

2017
Our lil Khaleef dah masuk 5yo
Makanya bermula lah perjalanan menuntut ilmu secara rasmi bt Khaleef
Kami masuk kan Khaleef di Tadika Nurul Iman Kampung Melayu Subang Tambahan
Atas sebab ada Hariz anak ucu
So takde la dia akan kekok sangat
Sbb dah dari baby-baby lg dah kenal

For 1st day xde la drama sgt
Coz dtg pun still lambat dlm kul 8.30am
Hari pendaftaran just byr yuran and balik

On 2nd day baru kena dtg ikut masa persekolahan
8.00am till 11.30am
So kena la bangun awal pagi
Sesi drama pun bermula la
Bangun pagi kena pujuk2 pastu melalak xmau mandi
Sesi pujuk lg sbb takut nak g sekolah

Sampai kat tadika orang dah stat assembly
Teacher terus suruh Khaleef join
Baca Doa n zikir than masuk kelas
Masa ni tgk gaya ok namun nampak dada berombak-ombak mcm nak nangis


Masuk Class duduk je terus senyum ini mcm

Namun tak lama lepas tu drama air mata pun bermula
Bilamana teacher suruh smua penjaga tunggu kat luar

Khaleef yang asalnya cool jer
Turut join melalak sbb dia tgk org lain melalak

Teacher ada buat group whatsapp utk semua penjaga
So on his 1st day
Teacher shared gambar waktu rehat