Tuesday, 25 October 2016

Ziarah

Kalau dulu Shaya ok je kalau sesiapa ajak g ziarah orang yg kurang sihat dekat hospital
Namun sekarang Shaya amat keberatan untuk pegi
Sebab Shaya akan jadi Dejavu
Hati Shaya akan jadi teramat sayu

Shaya tahu ziarah orang sakit ni
Sesuatu yang dituntut dalam Islam
Namun ada sedikit rasa ralat dihati ini
Dengan tindakan orang yang datang melawat
Mungkin Shaya dulu juga bertindak sebegini
Iaitu kurang SENSITIF

Rasa ingin tahu dan simpati kita membuatkan
Kita tak perasan bahawa percakapan kita itu
Sebenarnya menyebabkan orang yang diziarahi itu menjadi sangat tidak selesa
Dan seterusnya melemahkan semangatnya

Shaya alami sendiri waktu Mak berada di di ICU Selayang
Takala Mak masih sedar namu tidak mampu untuk berkata-kata
Pelbagai soalan diajukan pada Mak dan juga kami
Sakit apa?
Bedah bahagian mana?
Berapa lama sakit?
Dan banyak lagi soalan la

Kemudian ayat seperti
Alahai kesiannya
Tak sangka yer
dan yang sewaktu dengannya
telah menyebabkan rasa kurang senang Mak dan juga Shaya

Jelas ketara pada riak wajah Mak
Lirikan Mata Mak memandang Shaya
Seakan berkata
Lepas ni jangan bagi lagi dorang lawat Mak
Sampai sekarang Shaya masih terbayang sayu pandangan mata Mak tu
Sesak dan penuh dada dengan rasa sebak

Semenjak dari itu
Shaya tak mengalakkan rakan-rakan mahukan saudara datang menziarah Mak
Melainkan adik beradik Mak

Kala itu barulah Shaya faham
Apabila ada permintaan keluarga
Yang tak membenarkan orang luar melawat keluarga mereka

Semuanya kerana tindakan kita yang kurang SENSITIVE
kita bercerita perihal kesakitan didepan orang yg sedang sakit
Kemudian kita panjang kan cerita pd orang lain
Yang mana fakta tertentu telah berubah

Waktu di ICU tu
Emosi kami selaku penjaga dan juga Mak selaku yang dijaga
Sangat la FRAGILE
Kata-kata semangat seperti 
Kami faham apa yang kamu semua rasa
Seakan kata ejekan
Bukan penambah semangat kerana
Kamu sebenarnya tak faham apa yg kami rasa melainkan kami alaminya sendiri
Berkampung setiap hari di wad ICU

Inilah apa yang Shaya rasai sendiri
Shaya juga dimarahi oleh saudara mara
Selepas mereka mendapat tahu berita pemergian Mak
Shaya dipersoalkan
Kenapa tidak mengkhabarkan berita ketidaksihatan Mak
Sehingga ada yg terasa hati

Abah tunduk diam tak mampu berkata
Dengan nada keras namun masih menyimpan rasa hormat
Shaya pohon maaf dan Shaya tegaskan
Shaya tak rela kisah kesakitan mak dijaja apabila selesai melawat Mak di ICU
Shaya nak semua orang kenang Mak dengan gambaran yang cantik dan sempurna
Bukan kenangan terakhir sebagai seorang yang terbaring di wad ICU
Shaya mohon supaya tindakan kami ini difahami dan dihormati
Bukan niat kami membelakangkan sesiapa
Kami ingin menjaga maruah orang kesayangan kami

Semua terdiam bersama juraian air mata

Monday, 24 October 2016

Peace

Balik Alor Gajah
Sbb ada kenduri kawin
Omey request nak bergambar kat mini pelamin

Sekarang budak omey ni
Kalau amik gambar
Mesti nak buat simbol 'peace'
Namun omey masih tak pandai nak buat jari yg actual peace

Abang pun sama
Masih belum berapa betul sign peace nya
Tgk la gelagat kami ni

Tu le gaya Peace Omey
Abang tengah adjust jari.
Mummy tgh ajar cara buat peace. Sila abaikan prop kasut n sapu tangan tu yer..hahahaha

Friday, 14 October 2016

Makan Cara Sofea

Our Lil Sofea aka Omey
Kalau hal yang berkaitan dengan makanan
Dia memang the best

Dia tak takut utk try 
Apa pun yg kita bagi
terkecuali fruits la 
coz dia automatic je akan mcm loya.
hahahaha

One of her favourite is spagetthi
kalau order sepingan tu
usah la kacau
dia akan mkn sampai kenyang
baru bg pd org lain

weekend lepas
tea time di dome KLCC
Omey tnjuk nak cookies
Dia bkn mkn sgt pun
nampk ada m&m tu je ha



Menu lain kita org order lasagna ngan spagetthi
Mkn share-share la nanti.

Omey mula-mula duk ngadap spagetthi dia la
Bila sos spagetthi dah habis dia mkn
Omey beralih arah pd lasagna pulak