Nuffnang

Tuesday 26 August 2014

Aidil Fitri 2014

Hari ni last day Syawal bagi tahun 2014
Shaya br nak tepek gambo raya kami
This year
Mood posing xbape mari la
Gambar pun semua dr watsap group jer
Dan ada la 2,3 keping
Yang Mummy n Khaleef selfie dlm kete
Tu pun sbb duk melayan kerenah Lil Kay
Yg tengah suka berselfie

This year 1st Raya kat Alor Gajah
Warna tema coklat
Mummy , Nenek, Atuk, Daddy n Khaleef
Shaya suka gambo ni
Sbb Shaya nmpak kurang kembang
Even dah 7mths
This year Shaya buat baju kurung Pahang jer
Sbb poyot xbesar sgt

Whole family

Ipar & Biras
Raya kalini Lil Kay Ai
Sangat ligat
Bila dah berkawan
Mcm-mcm yang dia belajar
Dari tak pandai nak duk manjat2 sana sini
Dah jd pandai
Sbb dia tgk org lain buat
Ini buktinya


Khaleef n Mummy berselfie

Friday 15 August 2014

29 Weeks

Memula nak ucap
Selamat Hari Raya Aidilfitri tuk semua
Camne raya korang

Raya kami tahun ni serba sederhana jer
1st day raya kat Melaka
Yang paling seronok mestilah
Si Budak rambut bergelung-gelung tu

Mummy raya ni selow sket
Sbb dah semput
Poyot xde la besau mana pun
Tapi dia punya tahap ketidak upayaan tu
Sangat la tinggi

Skang Shaya dah pun 29 weeks
Petang ni stat buat check up yang fortnightly
Shaya pilih nak bersalin kat An-Nur Bangi tu jgk
Reason dia ialah
Setelah riki-riki
Hospital lain
Even kita pilih doctor pompuan
Masih ada possibility
Yang akan sambut anak kita tu nanti lelaki

Shaya pun mmg sgt puas hati ngan sevis Doctor Kamsiah
(Nnti Shaya citer yer 1st experience bersalin dl)

Adik sgt la active dlm perut Mummy
Tiap kali scan
Mcm-mcm aksi dia buat
Last scan haritu
Bila doctor ckp
Cuba tgk mata dia
Adik bukak mata
Bila doctor cerita psl kaki n tangan
Dia duk gerak-gerak kaki n tangan dia
Pastu time kira jari-jari tangan
Dia masukkan jari kat dlm mulut
Alahai Adik


Thursday 24 July 2014

Orkid Raya

2 hari lepas
Nenek dtg subang sbb nak anta baju raya Mummy n Khaleef
Sesambil tu nenek menyinggah kat kedai peberet dia
Kedai jual bunga orkid

Nenek kidnap Khaleef dr Nek Su kejap
Bwk g tengok orkid
Haiii..kemain seronok la budak tu
Kehulu kehilir dia berlari
Dicelah-celah orkid-orkid tu
Sambil tangan duk cuit bunga-bunga tu semua


Mana la nenek tak meroyan tgk orkid-orkid ni
Semua tengah duk kembang mekar

Dan hasilnya
Kete "Abah" penuh dengan bunga nenek


Wednesday 23 July 2014

Baby Boss

Nenek Su demam arini
Tak larat nak jaga Khaleef
Mummy n Daddy kena masuk opis 
Sbb nak kena settle keje sket
Xleh nak amik cuti full day

Oleh sebab itu
Lil Kay Ai
Kena la g work
 Memula Baby Boss kena bekpes vitagen dl
Sbb Baby boss kecik lg
Tak larat nak pose

Pastu Baby Boss tolong Daddy buat keje
Banyak keje Daddy nak kena siapkan
Before cuti Raya
Gigihkan Baby Boss ni

Tuesday 22 July 2014

RM7,500 utk Berselfie

Salam Ramadhan
Siapa yg suka berselfie
Nie ada berita baik
Untuk makluman lanjut kat sini 

Tuesday 8 July 2014

Booster

Hai semua
Poser tak?



Dalam pada xde mood nak update blog
Nuffnang tetap sudi dan pemurah
Semalam 2 trus dia kasi
Arini plak
Bagi lg 1
Walaupun amount dia secotek jer

Almaklumlah
tuan punya blog
Sendu je dlm nak update blog dia


Sebenarnya byk citer yg nak di tulis
Tapi mood tu blum mareeeee
Ntah ilang kemana ntah


Monday 30 June 2014

Clarks Warehouse Sale

Salam Ramadhan buat smua
Alhamdulillah semalam makyong
Berjaya puasa 
Harini setakat tengahri ni
Masih bertabah

Ni just nak share
event yang dinanti2 sgt
Kalau gagah mungkin akan pegi
Sbb ni tgh bulan puasa kan


Thursday 19 June 2014

Sebut

Mak Shaya dah balik kg since last week lagi
Acik adda pun ikut sama
Mak kata dia nak coti 
Sebelum Shaya bersalin
Mak juga nak g solat terawikh
Sepanjang bulan puasa ni
Sbb yang lepas2 dia g 
Tapi ronggak2

Acik adda plak
Dia nak focus menyiapkan
Tempahan baju raya yang menimbun tu

Khaleef skang ni Shaya anta duduk dengan Makcik Shaya
Semalam Ucu ckp
Dia mcm meragam
Duk merenggek jer sambil sebut ma..ma
(Khaleef panggil mak Shaya ma)
Ucu kena duk ngadap dia jer
Lau bergerak sket dia melalak

Pagi ni
Before anta g umah ucu
Dia masuk bilik acik adda
Carik acik adda dia

Khaleef rindu dah tu agaknya
Dengan nenenk n acik adda dia
Shaya plak dah watsap dorang
Suh dtg
Sbb takut plak Khaleef demam 
Sbb rindu

Wednesday 18 June 2014

Akal 20 Months

Ini akal budak yang dah berumur 20 bulan




Semua mainan dlm bakul tu dia punggah
Dia plak yang masuk dlm bakul tu
Duk main ipad
Sambil tgk tv

Tuesday 10 June 2014

Gelung-Gelung

Makin hari rambut Khaleef
Makin perang dan bergelung-gelung
Pegi mana-mana
Pasti rambut tu yg jadi tumpuan
Semua duk tanya
Ikut siapa rambut tu

Atuk siap cakap
Rugged la rambut cucu atuk
Rambut yang bergelung-gelung tu
Setiap hari nak kena Shampoo

Nasib baik la anak Mummy ni boy
Lau gegirl
Nak selamat rambut tu
Mummy toncet-toncetkan
Hahahahaha

Yang ni plak gambar masa baru seminggu
Time ni rambut stil hitam n lurus


Wednesday 4 June 2014

Naik LRT

Sebelum Khaleef demam nak tumbuh gigi
Ada bawak dia g naik lrt
Naik dari Kelana Jaya
Turun kat Kg.Baru

1st experience tuk Khaleef
Masa memula masuk orang tak ramai
Mulut dia bising lagi
Tgk kiri kanan sambil mulut cakap "Wowwwww"

Bila dah sampai kat station yang ramai orang
Dia dah stat duduk diam
Bila sampai kat KL Sentral
Train dan penuh dengan orang
Khaleef duk ralit tgk orang
Pastu tersipu-sipu malu
Bila kena "agah"

Turun kat Kg.Baru
Dia stat active balik
Menjerit-jerit seronok
Laju je dia jalan
Budak yang nak jalan sendiri
Kagum tgk "ipad" yang sgt besar.

Tuesday 3 June 2014

Teething Molars Fever

Last week
3 hari Shaya EL
Asbabnya adalah
Our Khaleef Imran tak sihat
Memula tu demam jer
Pastu sekali dengan selsema n batuk
Yang paling merisaukan
Lepas kejenya asyik la muntah jer
Tido malam xlena sbb hidung tersumbat
Pastu asyik la nak berdokong jer
Melepek kata bahu kita

Memula ingatkan demam biasa
Sekali baru la perasan
Anak mummy demam sbb tumbuh gigi geraham
4 batang sekaligus
Padan la demam
Org besau pun ada yg demam masa tumbuh gigi geraham

Kalau refer kat gambar bawah ni
Gigi yang tumbuh tu adalah
First and second molar tuk lower teeth

Tuesday 27 May 2014

Janji Sihat

Salam Israk & Mikraj buat shemua
Buat yang bercoti syok la kan
Buat yang kojer mcm Shaya
Selamat berkojer yer

Harini our lil junior dah 18 weeks
My bump pun dah stat nampak

Masa 16 weeks ritu
G wat monthly checkup
Kat Klinik Pakar Wanita & Bersalin Subang Permai
Kebetulan Doc on duty ritu Doc Surinder
Shaya suka jumpa doctor ni
Dia mmg pakar O&G
(Next time Shaya citer lebih details psl Clinic n Doc Surinder ni)

Actually date tuk montly check up lagi 2 hari
Tapi sbb Shaya rasa mcm pening2 lalat
Shaya ni mmg dr zaman dulu lg
Asyik ada low blood pressure
To be safe
Takut time jalan-jalan kang pengsan
Terus la jumpa doctor

Doc buat scan mcm biasa la
Alhamdulillah
Mummy n baby both are in good condition
Than doc tanya nak tau gender baby tak
Shaya dan Kay 2-2 ckp kami tak kisah
Doc Surinder tanya Shaya
U rasa girl ke boy
Shaya jawab ramai yang ckp girl
Than dia tanya whether Shaya setuju ke tidak ngan tekaan orang
Shaya jawab mungkin 
Sebab kali ni punya morning sickness lain compared to ngandung Khaleef

Doc Surinder jawab
Yes its a girl
Coz tiada sebarang bonjolan di celah kangkang baby
Semua kosong
Shaya n Kay senyum jer
Coz for both of us janji baby sihat
My EDD is end of Oct 2014

Monday 26 May 2014

Bukan Setakat Coklat Je Yang Tak Halal

Kecoh psl ada DNA babi dlm coklat
Semua orang rasa kesal dengan kejadian tu
Sbb buat peminat tegar coklat 
Dah berapa byk coklat jenama tu yang dah dimakan

Shaya mmg tak suka coklat
Kadang-kadang je la ada rasa nak makan
Tu pun sekadar lepaskan batuk ditangga

Bila cakap bab halal haram dalam pemakanan ni
Kita ni pun adakalanya "bias" juga
Shaya pun termasuk dalam golongan "bias" itu

Pada kita arak dan babi tu je la yang haram
Kita tak fikir pun tentang benda lain yang tak haram
Tapi menyumbang kepada penambahan titik-titik hitam pada hati kita
Dah seterusnya memberi kesan kepada perlakuan dan tindakan diri kita

Dulu time Study Shaya amat menjaga pemakanan Shaya
Mana-mana yang "syubhat" mmg Shaya akan elak terus
Masuk kedai makan cina pun tidak
Semuanya sbb nak jaga supaya tak mudah lupa
Maaf..Shaya bukan hebat cuma ni salah satu ikhtiar time blaja dl
Mungkin  ada yang mencebik
Dengan kenyataan Shaya ini

Bila dah ada anak ni
Shaya tanamkan niat dlm hati
Mmg nak control ketat bab pemakanan dia
Benda-benda yang melemahkan minda
Makanan mcm organ-organ (hati, pedal), 
Makanan half cooked mcm telur separuh masak
Semua akan sedaya upaya Shaya elakkan

Tapi jujur Shaya katakan
Bukan senang nak tunaikan niat ni
Sbb kita harus "berperang" dengan org sekitar kita
Terutamanya next of kin kita
Kang kalau kita kata jangan
Silap-silap ada yang sentap
Nak tak nak dengan berat hati
Terpaksa la juga
Memberi sedikit kelonggaran

Teori penjagaan makanan tuk minda ni
Memang terbukti pada ramai bijak pandai
Dorang maybe just cakap makan makanan yang berkhasiat

Contoh paling dekat ialah diri Shaya sendiri
Sekarang ni pun
Banyak "ilmu" yang dah ingat-ingat lupa
Badan pun adakala duk berangin jer
Sbb dah "tak jaga" sgt bab-bab makan ni
Moga Shaya terus diberikan kekuatan
Untuk "menjaga" pemakanan anak-anak Shaya
Insyaallah

Friday 23 May 2014

Terasa

Kalau pegnen yang dulu
Tekak ni asyik la duk "terasa" nak makan macam-macam
Tuk yang kali ni
Tak berapa pulak "terasa"nya
Lagi-lagi bila makannya je
Kang sure muntah balik
Or kalau makan pun
sikit ya amat

Mcm haritu
Duk teringin nak makan lontong
Mak Shaya beriya la msk
Shaya mkn nasi impit tu 4 ketoi jer
Mak masak punya la banyak
Yang untungnya orang lain la

Menjak masuk bln kedua 
Tekak ada terasa mau makan buah rambutan
Tapi belum musim mana nak jumpa
Redha je la dengan buah rambutan dlm tin

Malam kelmarin
Pegi Jaya Grocer Bukit Jelutong
Membeli makanan tuk si rambut perang
Sekali ada jual rambutan
Sepeket tu dlm stgh kilo RM 4++
Shaya amik 2 peket
Anak tekak sudah rasa manisnya rambutan
Walau pun belum makan

Beralih ke tempat sayur-sayur
Nampak pulak terung pipit
Huhh..berjaman tok kadok tak makan
Dah terbayang terung pipit tu ditumis dgn cili padi pastu buh telur
Makan ngan nasi panas
Umang aiiii
Syurga dunia

Nafsu punya pasal
Shaya amik gak 2 peket
Sbb fikir nanti
Kang lau amik sepeket tak cukup plak
Mak yong ni nak mkn

Buat yang xtau rupa terung pipit tu camne
Ni gambar yg digoogle
Sbb time mkn semalam syok sgt
Lupa mau amik gambo
Google
Incik Kay Shaya fobia dengan terung dia
Sbb dia kata 1st time dia try makan
Pastu muntah-muntah
So kurang la jumlah "saingan' tuk makan sayur tumis terung pipit tu
Maka jumlah portion Shaya makin bertambah banyak
hehehehehe


Thursday 22 May 2014

Sayangkan Tekak

Citer yang telah jadi pekasam
Dan hasilnya juga dah selamat menjadi 'baja'

Hasil shopping Incik Kay di Sandakan
Macam-macam ada
Dan semuanya murah-murah belaka
Udang saiz paling kecik
Udang yang lebih besar dari tapak tangan
Ikan kerapu
Udang dan Kerapu

Lobster
Nasib baik la ada Mrs and Mr Chef
Yang bleh tolong masak lauk-lauk spesel dgn seafood tu semua
Esp yang lobster tu
Takan nak masak kari plak

Antara menu yang terhasil
Siap menu seafood
Ketam tu mak Shaya masak berlado
Udang tu goreng ngan butter
Lobster tu bakar dgn cheese
Pastu sos telur masin

Yang masak lobster tu adik Shaya
Dl dia pernah keje kat hotel
Shaya pun xtau camne dia masak
Shaya cuma tau makan saja

Ni le rupanya lobster yg baru siap dibakar dengan cheese
Selain tu ada lagi menu lain
Tp tak sempat nak di ambik gambo
Sbb dah abes dingap

Mcm ikan siakap tu msk 3 rasa
Udang tu ada jugak yang dibuat masak lomak






Wednesday 21 May 2014

Selfie

Semua org dah maklum apa itu selfie
Shaya so far belum lg terjebak la
Tuk berselfie ni
Belum ada hati

Tapii...
Tak disangka-sangka
Anak ku si Khaleef Imran
Udah pandai berselfie
Ni buktinya

Shaya sua kat dia iphone Shaya
Shaya on camera n turn ke arah dia
Pastu dia sendiri yang tekan tuk snap gambar dia
Pastu mintak nak tgk gambar

Oh...My Khaleef



Tuesday 20 May 2014

Mini Photobook

Mcm perempuan lain
Bila ada offer
Pasti kita akan tertarik
Mcm tu jugak la Shaya

Bila tgk offer photobook kat groupon, living social n etc
Semuanya murah n terasa nak bl
Lagi-lagi yang free tu
Laju je tangan tekan "buy"

Bila da bl tu
Nak membuat photobook tu
Punya la "bercinta"
Ada sekali dl
Sampai expired kupon tu

Last weekend gigih la menyusun gambo
Tuk dijadikan photobook khaleef
Semua gambar masa dia baru lahir
(Fresh from oven)
Punya la berkurun nak membuatnya
Khaleef dah 18 bulan pun
huhuhuhu

Susun pun main ala kadar jer
Janji ada kenangan
Siap terus upload
Dan harini dah dpt photobook tu
Senyum sendiri tgk gmbar khaleef time baby


Thursday 15 May 2014

Being Featured

Ehem...Ehem..
Cer tgk gambar ni
Agak-agak klau ternampak cam tak?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Alkisahnya poster tu digunakan tuk career fair
Masa memula HR bagitau
Yang nama Shaya antara yg dicadangkan 
Shaya dah gelak besar
Sbb all this while
Muka yang selalu keluar
Muka yang "muda remaja"
Yang runcing2 n selim melim
Now nak kuarkan muka "Mummy2"
Yang dah "lebar-lebar" ni

Masa hari nak buat Photoshoot tu
Shaya boleh lupa plak
Paginya Shaya pegi wat follow up kat authority
So Shaya pakai la Bj kurung
Skali masuk office
Baru Shaya perasan
Nak tak nak
Terpaksa la balik tuka baju

Psl baju pun 1 hal
Office attire warna putih semua mcm ngam-ngam jer kat bhg peyut
Rasa tak selesa plak
So pakai je la blouse hijau tu

Sampai je kat opis ngam-ngam 1 session abes
Shaya terus makeup
Photog plak buat setting utk 2nd session

Photog ckp
Dia nak experssion muka yang confident
Tapi dlm masa yang sama friendly and natural
Aduyai..
Agak susah
Banyak kali jugak Shaya suruh photog tu stop
Sbb Shaya rasa mcm "keras" jer
Sbb dah lama sgt kan
Tak "meliuk lintuk" kan badan
Hahahaha

Monday 12 May 2014

Felda Residence Kuala Terengganu

Kisah ni dah lama terperap kat draft folder
Tapi xpe la
Kita kasi publish jugak la
Walau citer ni dah makan taun

Sambungan coti-coti pantai msia yang berjaman

Sampai je kat KT
Terus carik hotel dulu
Agak berpusing2 jugak memula tu
Sbb ingatkan hotel tu kat area Pasar Payang tu
Rupanya
Keatas lagi
Kena lalu depan Hotel Sri Malaysia

Harga bilik dia RM 178
Keadaan fizikal luaran hotel
Nampak mcm tak berapa hebat
Maybe sbb tanah dia kecik
Rasanya less than an acre
So building dia tu
Slim n tall je la
Entrance lobby dia pun sempit
Chk in counter dia bukan kat lobby
(lupa dah tingkat bape)
Sambil tunggu dorang siapkan bilik
Sekodeng la keadaan sekitar dia
Nampak la benda alah ni

Lepas chk in
Kami turun kat bawah
Lepak-lepak kejap kat cafe dia
Tgk org mancing sambil makan kepok leko
Lepas asar
Kami stat gerak pegi ronda-ronda kat area Masjid Kristal

Utk sesi dinner kami makan kat area Losong
Sbb dah berjaman lupa nama restaurant ni
Tapi lokasi dia dekat bawah jambatan
Dan dia betul-betul sebelah muara
Tak silap Shaya kedai makan ni
Ada masuk JJCM

Ni antara menu yang kami order

Secara keseluruhan
Lauk-lauk dia ok la
Cuma servis tu agak lambat
Ni bukti yang kami berjaya juga abeskan lauk-lauk kami



Friday 9 May 2014

Gara-Gara

Sememangnya pengalaman pegnen mmg berbeza-beza
Tuk yg kali kedua ni
Dlm tempoh 14 weeks
Berat Shaya dah turun sebanyak 6 kg
Semua gara-gara xlalu nak mkn
Dan juga tiap kali makan sure muntah balik

Perut masih belum nampak
So mana yang tak tau
Pasti akan tegur kenapa Shaya nmpk kurus mendadak
Dorang ckp pipi yang bam bam pun dah kempis

Yang buat Shaya sendiri terkejut
Shaya boleh pakai bj kurung moden
Which is Shaya tak boleh nak pakai before this
Sbb sendat kat bahagian pinggang n peyut
Skali bl pegnen ni elok plak dia jd longgar
Oh...my baju


Wednesday 7 May 2014

Penjual Kain

Smlm ada baca kat instagram
Sorang ni ada bad experience dengan penjual kain
Sale assistant tu mcm bolayan jer
Sbb dia dtg pakai bj yg ala kadar

Shaya pun ada pengalaman yg mcm tu
Pegi ke gedung kain tersohor di Shah Alam
Actually Shaya mmg dah lama pangkah gedung ni
Sbb rege kain dia after sale tu
Sebenarnya xde la murah pun
Corak yg dia kata exclusive tu
Idak le exclusive sgt
Tp sbb mak beriya nak pegi
Bawak kan la jugak

Rombongan cik kiah dan incik Khaleef pun 
Tiba la di gedung kain tu
Dah la aritu tu ujan
Shaya, mak, adda n khaleef turun dl
Sbb Alice g carik parking
Time tggu Alice tu
Dah ada sorang mamat ni duk promot2 kain
Shaya jawab
Tunggu kejap jer
Sbb sorang lg belum sampai
Tgh parking kete

Bila Alice dah sampai
Kami pun terus la ckp nak kain jenis apa
Dengan harapan
SA tu akan bwk terus kat bahagian kain tu

Ni tidak
Org dah sebut dengan jelas
Nak kain sutera crepe kosong
Dia g bwk ke bhg kain yg lain
Semua la kain tu yg latest n ada sale

Bila kita ckp
Ni bukan sutera kan
Selamba je dia jwb
Ya la
Rasa nak hantok kepala dia kat dinding
Kita ni dah ckp dgn jelas
Nak Kain Sutera Crepe Kosong
Last tu baru dia ckp
Sutera kat section atas sekali
Kesabaran masih ada lg masa tu

Naik ke tingkat paling atas
Terus kena terkam dgn SA pompuan plak
Terus tanya nak kain apa
Bagitau lg sekali nak kain sutera crepe kosong
SA tu tunjuk kain satin kosong
Adoyai adik...
Akak nak sutera dik non
Ni bukan sutera
Sakit hati dah ni

Ulang tuk kesekian kali
Sutera crepe kosong ada tak
Finally dia ckp
Tak ada la kak

Ha...kan senang ckp xde je dr awal
Pastu kami ni duk la belek bj ready made dia
SA tu dengan bangga ckp
Kain ni mahal kak
Bukan org biasa yg pakai
Pastu kena dry cleaning jer

OMG
Kau xyah ckp pun akk tau dik
Tu kain apa n cara nak jaga dia

Kami ni nampak cikai sgt kot
Sampai adik tu ckp mcm tu skali
Mcm kami ni xde bj kain chiffon

Sbb dah sakit hati sgt
SA tu kami tinggal mcm tu jer
Pastu bila boss pompuan dia perasan dia cuba tahan 
Shaya jwb dgn berhemah lg
No...its ok
Kita xjumpa yg kita carik
Thank you

Lau ikutkan rasa hati Mak Shaya
Mau je dia beli kain yg bdk tu kata bkn org biasa yg pakai tu
Tapi lau ikut hati mati kan
Kami tak turutkan kata hati
Makanya selamat duit kami pd hari tu

Buat penjual-penjual 
Please la jgn main nak judged org mcm tu jer
Takan everytime dtg nak kena usung enbeg LV tu
Emas berlingkar2 kat lengan mcm Mami Jarum
Sepeking omputeh
Baru kau nak bg layanan high class
Sbb kau rs tu br org ADA-ADA or bukan org biasa

Lau yg dtg pakai enbeg coach jer
(Sekurang2 akk tak pakai enbeg imitation ye dik non)
Jeans pun lusuh
Tudung ikan kembung
Kau anggap org biasa

Friday 25 April 2014

4

Pada hari Jumaat yang Baraqah
Nak share ngan semua
We are gonna be
BEREMPAT
Dalam jangkamasa lagi 6 bulan
Kalau ada rezeki
Sama bulan dgn Khaleef

1st trimester yang sgt berbeza 
Tak ada selera yang teramat
Sampai ada ritu
Makan je muntah
Selama 2 hari berturut
Badan sampai lemah longlai
Menyerah diri kat clinic
Drip sampai 3 botol

Adik Khaleef sgt active dlm perut Mummy



Tuesday 8 April 2014

Mahal

Alkisah kena catuan Air
Area Denai Alam
Bermula dari hari 4hb ritu
Dah kena catuan air

Makanya sehari sebelum takde air tu
Kena la g beli tong air
Buat nak menyimpan stok air
Paling dirisaukan bila
Time xde air ni la
Kejenya nak memerut jer
Kot xde air
Jenuh plak nak kena guna kaedah beristinjak

Rata-rata duk mengadu
Harga tong air
Mahal
Regenya naik mendadak
Itu normal la kan
Bila byk demand
Supply plak kureng
Rege pun mencanak-canak
Kita sebagai pembeli la
Kena pandai nak carik kedai yg rege dia berpatutan
Kot tak jumpa rege yg murah
Kena pejam mata je la 
Hulur duit
Demi nak simpan air
Tong tu pun bleh pakai lama
Berbaloi gak kan

Dalam pada tu
Ada juga yg tak "mampu" nak beli tong air
Dek sebab regenya yg "mahal"
Padahal
Lau nak compare la kan
Handbeg yg "branded"
Mampu plak nak boli 2,3, 4
Duk makan yang yg rege dia sama ngan rege tong air 
Tu pun mampu gak
Duk bertuka enpon dr 1 jenama ke jenama lain
Pun mampu gak

Moral : sendiri fikir la..sbb dah jd mak pak budak pun

Monday 31 March 2014

Marah

Shaya tak tau la nape
Lately ni Shaya mcm mudah nak melenting

Insiden 1
Lokasi : Pejabat Tanah Wilayah
Motip : Buat Carian Rasmi

Shaya dtg seawal 1.30pm sbb kat Wilayah LO 
Parking for public very limited
Tak sampai 10 parking bays rasanya
Biasa dtg awal mcm tu insyaallah ada lg parking
Kalini ni
Parking Fulled sbb ada space yang dorang gunakan
Tuk buka gerai jualan
Dammmm
Kena keluar carik parking
Ingat nak parking kat Dayabumi
Terlepas simpang nak U-turn plak
Kena buat another round
Pusing balik masuk Land Office
Dengan harapan ada parking
Hampa
Sudahnya tawakal je parking dekat ngan area Dataran
Masuk Land Office amik no
Hamik kau
No Anda 3158
No Sekarang 3092
Jam ms tu kul 13:56pm
Tunggu punya tunggu
Skali tetiba Pak Guard tutup lampu
Tgk jam dah kul 3.30pm
No Shaya belum kena panggil
Pegi kat kaunter tanya budak tu
Bila nak panggil no Shaya
Budak tu bleh ckp
Eh..Ada org lagi ke??
Ingat dah abes..
Ha..time tu Shaya rasa mcm nak hentak je kaunter tu
Shaya jawab
Dik..akak kau ni duk terconggok tunggu no kena panggil
Tak dipanggil-panggil
Yang tukang bagi no tu pun
Pesal tak tgk last no dia kuarkan bape
Korang ingat akak ni suka-suka jer dtg sini yer

Budak tu stat buat muka takut
Sbb kena marah
(hahahahaha)
Akk dtg esok la kak
If esok lambat akak terus tunggu dekat kaunter Shaya ni
*Shaya terus blah dgn muka sakit hati

Insiden 2
Lokasi : North Kiara
Motip: Site Visit

Tgh syok-syok amik gambar
Dtg sorang security guard ni
Dengan muka kerek dia
Dari mana? Amik gambar buat apa? Sini tak boleh amik gambar

Shaya jawab dengan nada marah
Eh..Kita amik gambar site kita la
Kita owner of this land 
Apsal tak boleh
U orang sekarang ni dah ceroboh tanah kita
Lagi mau ckp kita tak boleh amik gambar
Apa u mau jawab??
Security guard terus blah


Insiden 3
Lokasi : Toll Jln Duta
Motip : Reload TNG

Ntah kenapa ari Jumaat td
Ramai plak yg nak reload TNG
Semua la duk main cilok mencilok
Dan himpit menghimpit
Bukan takat kereta
Bas ngan lori pun sama
Bila dan sangkut dekat 15 min tu
Shaya dah mula 'hangin'
Nak kuar dr laluan reload TNG tak boleh
Sbb keta dah kena block
Terpaksa la teruskan jugak
Skali sampai kat toll booth
Budak tu ckp
Kaunter dah tutup kak

Ha....apa lagi
Kena hambur jgk la budak tu
Shaya bebel la
Masa duk terbuang sejam Q nak reload
Udahnya bl sampai xbleh reload
Budak tu pun redha je la
Sambil suruh Shaya reload kat Shell plak

Ketiga-tiga inseden ni jadi dlm minggu yg sama
Kenapa la Shaya mudah melenting???
Berjoget-joget si tanduk berekor tu kegembiraan

Allahuakbar




Thursday 27 March 2014

CNN

Satu kesalahan yg kecil
Tapi amat memalukan
If budak kecik
Maybe ada ampun



Kuala Lumpur, Indonesia????

Monday 24 March 2014

Eat + Play + Love

Budak makin membesar
Macam-macam nak dia cuba
Bila dah dapat kaki ni
Makin byk la benda yg dia buat

Khaleef mmg dr dulu lg
Suka nau benda-benda beroda ni
Roda kat walker tu pun
Dijadikan mainan dia

Weekend td
Sambil bagi dia makan
Bagi peluang dia main
Kemain bersungguh dia memusing roda basikal Daddy
Bila dah bosan
Main rantai basikal pulak
Yang Mummy ni
Duk bising la
Takut jari gebu tu tersepit

Dia..
Makin galak main
Mulut comot sbb makan spageti



Nuffnang