Thursday, 31 March 2016

2 weeks

Alhamdulillah
dah 2 weeks Shaya jd WAHM
Masih lg 'berperang' utk membahagikan masa
Antara si ensem khaleef imran dan si omey siti sara sofea
Dengan biz online Adhwa Sofea

So far ada sedikit kelegaan
sbb otak da xpayah nak fikir hal office
Otak boleh 100% utk Adhwa Sofea

Semalam our 1st Booth utk tahun 2016
N ia juga merupakan our 1st experience berniaga di SUK Selangor



Friday, 11 March 2016

Hijrah


Harini last Shaya kerja
Insyaallah semoga ia akan menjadi permulaan kpd sesuatu yg lebih hebat

Kalau nak dikira dgn betul
Last day Shaya adalah 15/3/2016
Tarikh Shaya join semula ritu adalah 15/3/2013.
Cun-cun je kan

Ramai yg fikir Shaya resign sbb dpt offer keje lain
Sebenarnya tidak pun
Shaya cuma akan menjadi WAHM

Rata-rata mcm tak percaya je dgn jawapan Shaya
Sesungguh ianya adalah benar
Ada sebab kenapa Shaya berani nak resign ni

Lepas Shaya bersalinkan Sofea pada Oct 2014
Memang ada niat nak resign sbb mcm susah je nak carik pengasuh yg boleh kita percaya
Mak masa tu dah cakap awal-awal dia tak larat dah nak jaga Eya
Ucu plak masa tu pun xfree sbb anak-anak dia 2 org tahun exam besar
So dia akan busy hanta n amik anak-anak dia tuition

Namun masa tu Allah bantu dgn cara jumpakan Shaya dgn seorang pengasuh ni pd last minit Shaya nak masuk kerja semula
Dlm masa yg sama
Mak dah mula tak berapa sihat
Keluar masuk hospital
Masa tu juga kerja kat office tgh teramat mendesak
Dateline tuk dptkan approval semua berderet-deret nak kena kejar
Shaya masa tu asyik amik EL jer

Takala mak dekat ICU selama hampir lebih 2 bulan
Setiap hari Shaya akan berulang ke Hospital Selayang
Masa tu pun rasa mcm nak resign tu makin bertambah
Hingga la apabila mak dah tak ada
Sejujurnya semangat itu pergi sekali bersama-sama dgn mak

Sesungguhnya Percaturan Allah itu yg terbaik
Khaleef dan Sofea anak-anak kecil yg perlukan perhatian takala mereka tak sihat
Kekerapan Shaya terpaksa bercuti membuatkan Shaya asyik terfikir
Mungkin ini juga cara Allah nak tnjukkan jalan
Dlm masa yg sama
Bisness online nursing attire yg pd mulanya dibuat atas dasar kepeluan diri sendiri
Kini semakin berkembang
Adhwa Sofea sudah mula mampu menjana pendapatan sampingan utk Shaya

Dari situlah rasa yakin itu terus menjadi BULAT dan PADU
Untuk menjadi WAHM
Moga Allah terus memberi jalan supaya Shaya terus maju kehadapan





Tuesday, 8 March 2016

Kau yg teristimewa


Salam semua
Insyaallah blog ni akan meriah kembali mcm dl

Selamat hari wanita to all readers