Nuffnang

Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Tuesday, 25 October 2016

Ziarah

Kalau dulu Shaya ok je kalau sesiapa ajak g ziarah orang yg kurang sihat dekat hospital
Namun sekarang Shaya amat keberatan untuk pegi
Sebab Shaya akan jadi Dejavu
Hati Shaya akan jadi teramat sayu

Shaya tahu ziarah orang sakit ni
Sesuatu yang dituntut dalam Islam
Namun ada sedikit rasa ralat dihati ini
Dengan tindakan orang yang datang melawat
Mungkin Shaya dulu juga bertindak sebegini
Iaitu kurang SENSITIF

Rasa ingin tahu dan simpati kita membuatkan
Kita tak perasan bahawa percakapan kita itu
Sebenarnya menyebabkan orang yang diziarahi itu menjadi sangat tidak selesa
Dan seterusnya melemahkan semangatnya

Shaya alami sendiri waktu Mak berada di di ICU Selayang
Takala Mak masih sedar namu tidak mampu untuk berkata-kata
Pelbagai soalan diajukan pada Mak dan juga kami
Sakit apa?
Bedah bahagian mana?
Berapa lama sakit?
Dan banyak lagi soalan la

Kemudian ayat seperti
Alahai kesiannya
Tak sangka yer
dan yang sewaktu dengannya
telah menyebabkan rasa kurang senang Mak dan juga Shaya

Jelas ketara pada riak wajah Mak
Lirikan Mata Mak memandang Shaya
Seakan berkata
Lepas ni jangan bagi lagi dorang lawat Mak
Sampai sekarang Shaya masih terbayang sayu pandangan mata Mak tu
Sesak dan penuh dada dengan rasa sebak

Semenjak dari itu
Shaya tak mengalakkan rakan-rakan mahukan saudara datang menziarah Mak
Melainkan adik beradik Mak

Kala itu barulah Shaya faham
Apabila ada permintaan keluarga
Yang tak membenarkan orang luar melawat keluarga mereka

Semuanya kerana tindakan kita yang kurang SENSITIVE
kita bercerita perihal kesakitan didepan orang yg sedang sakit
Kemudian kita panjang kan cerita pd orang lain
Yang mana fakta tertentu telah berubah

Waktu di ICU tu
Emosi kami selaku penjaga dan juga Mak selaku yang dijaga
Sangat la FRAGILE
Kata-kata semangat seperti 
Kami faham apa yang kamu semua rasa
Seakan kata ejekan
Bukan penambah semangat kerana
Kamu sebenarnya tak faham apa yg kami rasa melainkan kami alaminya sendiri
Berkampung setiap hari di wad ICU

Inilah apa yang Shaya rasai sendiri
Shaya juga dimarahi oleh saudara mara
Selepas mereka mendapat tahu berita pemergian Mak
Shaya dipersoalkan
Kenapa tidak mengkhabarkan berita ketidaksihatan Mak
Sehingga ada yg terasa hati

Abah tunduk diam tak mampu berkata
Dengan nada keras namun masih menyimpan rasa hormat
Shaya pohon maaf dan Shaya tegaskan
Shaya tak rela kisah kesakitan mak dijaja apabila selesai melawat Mak di ICU
Shaya nak semua orang kenang Mak dengan gambaran yang cantik dan sempurna
Bukan kenangan terakhir sebagai seorang yang terbaring di wad ICU
Shaya mohon supaya tindakan kami ini difahami dan dihormati
Bukan niat kami membelakangkan sesiapa
Kami ingin menjaga maruah orang kesayangan kami

Semua terdiam bersama juraian air mata

Monday, 31 March 2014

Marah

Shaya tak tau la nape
Lately ni Shaya mcm mudah nak melenting

Insiden 1
Lokasi : Pejabat Tanah Wilayah
Motip : Buat Carian Rasmi

Shaya dtg seawal 1.30pm sbb kat Wilayah LO 
Parking for public very limited
Tak sampai 10 parking bays rasanya
Biasa dtg awal mcm tu insyaallah ada lg parking
Kalini ni
Parking Fulled sbb ada space yang dorang gunakan
Tuk buka gerai jualan
Dammmm
Kena keluar carik parking
Ingat nak parking kat Dayabumi
Terlepas simpang nak U-turn plak
Kena buat another round
Pusing balik masuk Land Office
Dengan harapan ada parking
Hampa
Sudahnya tawakal je parking dekat ngan area Dataran
Masuk Land Office amik no
Hamik kau
No Anda 3158
No Sekarang 3092
Jam ms tu kul 13:56pm
Tunggu punya tunggu
Skali tetiba Pak Guard tutup lampu
Tgk jam dah kul 3.30pm
No Shaya belum kena panggil
Pegi kat kaunter tanya budak tu
Bila nak panggil no Shaya
Budak tu bleh ckp
Eh..Ada org lagi ke??
Ingat dah abes..
Ha..time tu Shaya rasa mcm nak hentak je kaunter tu
Shaya jawab
Dik..akak kau ni duk terconggok tunggu no kena panggil
Tak dipanggil-panggil
Yang tukang bagi no tu pun
Pesal tak tgk last no dia kuarkan bape
Korang ingat akak ni suka-suka jer dtg sini yer

Budak tu stat buat muka takut
Sbb kena marah
(hahahahaha)
Akk dtg esok la kak
If esok lambat akak terus tunggu dekat kaunter Shaya ni
*Shaya terus blah dgn muka sakit hati

Insiden 2
Lokasi : North Kiara
Motip: Site Visit

Tgh syok-syok amik gambar
Dtg sorang security guard ni
Dengan muka kerek dia
Dari mana? Amik gambar buat apa? Sini tak boleh amik gambar

Shaya jawab dengan nada marah
Eh..Kita amik gambar site kita la
Kita owner of this land 
Apsal tak boleh
U orang sekarang ni dah ceroboh tanah kita
Lagi mau ckp kita tak boleh amik gambar
Apa u mau jawab??
Security guard terus blah


Insiden 3
Lokasi : Toll Jln Duta
Motip : Reload TNG

Ntah kenapa ari Jumaat td
Ramai plak yg nak reload TNG
Semua la duk main cilok mencilok
Dan himpit menghimpit
Bukan takat kereta
Bas ngan lori pun sama
Bila dan sangkut dekat 15 min tu
Shaya dah mula 'hangin'
Nak kuar dr laluan reload TNG tak boleh
Sbb keta dah kena block
Terpaksa la teruskan jugak
Skali sampai kat toll booth
Budak tu ckp
Kaunter dah tutup kak

Ha....apa lagi
Kena hambur jgk la budak tu
Shaya bebel la
Masa duk terbuang sejam Q nak reload
Udahnya bl sampai xbleh reload
Budak tu pun redha je la
Sambil suruh Shaya reload kat Shell plak

Ketiga-tiga inseden ni jadi dlm minggu yg sama
Kenapa la Shaya mudah melenting???
Berjoget-joget si tanduk berekor tu kegembiraan

Allahuakbar




Monday, 24 February 2014

FM

Biasanya kita akan nampak
Situasi yang mcm ni

Tapi yang ni
Situasinya mcm ni plak


Letak FM kat kereta
Selain FM
Diletak jugak segala bagai patung
Macam-macam rupa

Friday, 14 February 2014

Bunga

Semalam
Balik dari lunch kat opis
Dapat bunga ni
Dah dapat agak siapa yang kasi

Surprise yang menjadi jugak
Shaya tak sangka
K akan hantar bunga
Sebabnya
Harini kan V day
So kelazimannya
Rege bunga memang akan mencanak-canak mahal



Thursday, 13 February 2014

Khaleef n Daddy

Asyik muka Mummy n Khaleef jer
Arini keluar muka Daddy n Khaleef plak

Ni gambar masa Mummy dalam pantang lg
Daddy duk bersantai dgn Khaleef

Yang ni plak khaleef umur 5 ke 6 bulan
Kat clinic syifa


Yang ni plak
Gambar sekarang

Dah pandai g mengopi berdua dengan Daddy je
Buat hal org lelaki la tu

Tuesday, 11 February 2014

Baby Carrier

Umur Khaleef dah 5 bulan
Baru Shaya berani nak kendong dia guna carrier 
Shaya beli carrier jenama biasa-biasa jer
Rege pun less than RM100
Sbb pada Shaya 
Carrier ni guna tak lama mana pun nanti

Masa tu Khaleef xde la berat sgt
So ok lg
Senang la Shaya nak bergerak
Ada waktunya
Sampai terlena Khaleef dlm carrier

Skang Khaleef dah beso
Dah xmau duk diam dlm carrier
Mummy pun dah pack carrier ni
Buh dalam kotak dia blk
N tidokan kat dlm stor
Melekap je kat Mummy

Lena Khaleef tido

Khaleef teman Mummy Shopping

Khaleef lepak kat Coffee Bean ngan Mummy

Thursday, 6 February 2014

Ikut Siapa

Mummy tak suka coklat n ice cream
Daddy suka coklat n ice cream
Khaleef Imran ikut siapa?
Buktinya
*
*
*
*
*
*
*
*

Khaleef suka makan ice cream
Tapi hanya Magnum sahaja
Bagi yang lain dia tak mau


Khaleef cuma makan yang vanila dia je
Yang coklat tu
Someone has to eat it first



Hijau

Shaya n Khaleef menghijaukan bumi
Mummy baju hijau
Khaleef seluar hijau
Nak pegi birthday party anak kawan Daddy





Wednesday, 29 January 2014

Shopping

Tiap bulan Khaleef akan ikut Mummy n Daddy
Pegi beli barang
Mummy busy belek barang
Daddy busy layan Khaleef

Sampaikan kedai pun dah jadi mcm playground
Ini buktinya

Thursday, 16 January 2014

Majlis Cukur Jambul, Berendoi dan Aqiqah Khaleef Imran Bin Khairin

Majlis ni buat kat Sg Besar
Jemput jiran dan sedara mara

Kenduri ni menu dia semua nenek yang masak
Nenek siap buatkan ole-ole pulut kuning tuk jemputan

Plan asalnya nak kenduri makan-makan jer
Sekali ada anak buah nenek
Offer diri tuk buat marhaban dan berendoi

Kami tak guna buaian tuk sesi berendoi
Kebetulan Abg Shaya ada rocking chair baby yg rotan tu
So buh la our lil Kay Ai kat dalam tu

Leka Khaleef duduk kat dalam rocking chair tu
Habis buat marhaban
Anak buah nenek bagi hadiah
Lagu dendang "Siti Fatimah"
Kalau ikutkan kena bayo extra if nak dendang "Siti Fatimah" tu

Syok jugak dengang nenek-nenek sekalian tu berdendang
Khaleef punya mata pun jadi kuyu jer

Mummy, Daddy n Khaleef Imran






Wif Mak De

Wif Mak Cu

Monday, 13 January 2014

Demam

2 hari Mummy amik EL
Sebab anak Mummy ni tak sihat

Arini anak Mummy dah sihat
Mummy plak take over

My Lil Kay Ai so far
Pernah demam teruk sekali jer
Masa umur 7 mnths ++

Masa tu kena demam campak kecik
Sian anak mummy
Seminggu demam
Kejenya duk ulang alik clinic jer
Sbb doctor nak monitor 

Masa demam tu jugak la
Baru Mummy bagi tido dalam buaian
Sebelum ni lau nak tido
Mummy susukan sampai tertido
Pastu Mummy letak kat tilam jer

Bila dapat tido dalam buai
Lena My Lil Kay Ai tido

Bila dah kuar semua bintik-bintik tu
Demam anak mummy pun kebah



Nampak tak muka Shaya ada bintik-bintik

Thursday, 9 January 2014

Asrama

Memula skali nak ucap tahniah pada anak buah Shaya
Muhammad Willdan Bin Muhammad Subky
Sebab dapat masuk Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh
Study smart yer
Walau pun sekolah tu bukan 1st choice abg
(Mesti abg suka sbb acik awa buat entry ni tuk abg)

Ummi kasi amanat sambil jait lencana kat baju abg
Harap sangat Willdan dpt suaikan diri
Jangan jadi mcm Shaya
Duduk asrama mcm tak duduk

Masa form 5 kunun la kan
Nak senang study for SPM
Maka cakap kat Mak
Nak duk asrama

Memula duk asrama syok jugak la
Coz kawan-kawan ramai
Masuk bulan ke 2
Rasa mcm pelik
Sbb Shaya rasa sunyi tak dengar bebelan mak
Homesick uollls
Hahahahaha

Bila dapat outing
Shaya balik umah
Dan tak balik semula ke asrama
Sok paginya Shaya terus datang sekolah

Lama-lama makin rasa xseronok
Pastu my BFF yg xduk asrama tu ada motor
Kadang2 time prep petang
Dia akan dtg amik Shaya g ronda-ronda pekan n balik rumah
Bulan puasa lg best
Tiap2 hari dia datang amik Shaya 
Sepanjang bulan puasa
Menu berbuka puasa Shaya semua menu yang ditapau dari umah

Ramai gak la bebudak asrama yg sok sek psl Shaya
Sbb Shaya xpernah kantoi
Even waktu roll call pun

Shaya selamba je cakap kat dorang
Shaya buat hal semua sendirian berhad
So if kantoi Shaya tanggung sendirian  berhad juga
Shaya xde ajak sesiapa tuk follow
Klau dorang tak puas hati
Sila la tiru tapi jangan libatkan Shaya
(Ha...samseng kampung pisang tak Shaya...hahahaha)

Shaya pernah sekolah agama dari form 1 til form 3.
Agak-agak bleh carik tak Shaya yg mana satu

Wednesday, 8 January 2014

Kena Pecah

Sebelum ni selalu baca n dengar cite org
Ada gak beringat psl letak beg kat passenger punya seat
Tapi kebanyakkan masa Shaya take it for granted 

Ketentuan Allah
Pada 10hb Jun 2013 sekitar Jam 6.30 ptg
Shaya yang menjadi mangsa pecah cermin kete

Kejadian tu berlaku sangat pantas
Kalau nak diikutkan pada hari kejadian
Shaya guna laluan yang bukan selalu Shaya guna
Kononnya nak elak jem la 

Shaya guna jalan Sg Buloh-Kota Damansara-Subang
Hari tu pulak time drive
Shaya mcm duk leka jer
Xde pun nak duk tengok kekiri or kanan
Sbb dalam otak ni fikir nak cepat sampai umah je

Sampai kat traffic light kat Kota Damansara
(Traffic light yg dekat ngan pasar malam)
Shaya berenti kat lorong yang paling kanan
Time tu Shaya leka duk pandang ke arah kanan

Sekali dengar bunyi dentuman yang amat kuat
Bila pandang ke kiri
Ada orang tengah ketuk cermin kete

Shaya masa tu terus tarik handbag yang kat bwh kaki passenger seat
Letak kat kaki Shaya
Pastu Shaya capai cooler bag yg ada susu
Baling kat seat belakang
Baru Shaya nak capai beg yg ada breast pump tu
Tangan perampok tu dah capai dulu
3 kali ketok
Retak seribu cermin kete Shaya

After dia amik beg breast pump tu
2 ekor perampok tu buat U turn menghala ke Sg Buloh
Shaya nampak si perampok yg kat belakang tu
Duk kepit rapat Shaya punya breast pump
Dia pandang kearah Shaya

Masa tu Shaya berdoa
Ya Allah biar la 2 ekor perampok tu pegi jauh-jauh
Than baru dia bukak beg tu
Sbb kang bila dia blk
Nampak ada breast pump
Sure dia marah

Shaya takut 2 ekor perampok tu
Pusing n carik Shaya balik
Dan cederakan Shaya

Bila traffic light dah hijau
Saya pun teruskan perjalanan 
Dalam masa yang sama Shaya ada mintak tolong
2 orang hamba Allah ni
Tuk follow kete Shaya dari belakang
Sbb Shaya takut 2 ekor tu datang balik

Shaya called Kay bagitau kete kena pecah
K siap suh saya ulang sekali apa yg Shaya ckp
K pesan tunggu kat petrol station
Nanti adik Shaya dtg naik moto
Dia akan follow dari belakang

Sampai rumah baru Shaya perasan
Baju Shaya penuh ngan kaca
Pas maghrib pegi balai buat report
Incik polis tu tanya
Pesal akak tak langgar je budak tu?

Shaya ngan jujur trus ckp
Ish..kang mati pulak budak tu
Incik polis kata
Lain kali akak langgor je
Kira akak mempertahankan diri akak
Incik polis tu siap cakap
Kita payah nak tangkap perampok tu kak
Sbb akk pun tak ingat muka dorang kan
Kay cakap kami ni buat report
Sbb nak claim insurans je
Sib baik ada amik insurans tuk semua cermin
Lau idak
Rabak gak poket

Tinggal sket je cermin yang tinggal. Lain dah berderai

Bersepah kata dalam kete

Status 'hangin' Kay kat facebook dia

Friday, 3 January 2014

Sekolah Main Sekolah Betul

Semalam kecoh psl bebudak g sekolah tersebit kat kerusi
Siap ada yg cikgunya kena gergaji kerusi tu

Yang ni kes anak buah Shaya
Ummi nya whatsapp gambar
Ni situasi kat sekolah agama


Cer tgk budak lelaki tu
Baik punya dia tido

Yang anak buah Shaya tu
Hanya mampu memandang je la member sebelah tu

Dia pun mata dah kuyu
Before ni kat sekolah main (taska)
Petang semua tido
Bila dah masuk sekolah betul
Dorang pun fikir ada sesi tido jugak la

Thursday, 2 January 2014

Kembali ke Sekolah

1st day working in 2014
Apa perasaan kengkawan?
Shaya biasa-biasa je
Sebab pada Shaya tak perlu tunggu New Year klau nak buat azam
Or nak buat perubahan

Arini juga 1st day sesi persekolahan 2014
Anak-anak buah Shaya
Pepagi dah watsap
Bagi gambo nak g sekolah
Yang paling excited si bongsu
Sbb dia dah masuk darjah 1

Lau ikutkan pengalaman Shaya masuk darjah 1 dulu
Sangat sempoi
Waktu tu xde pun sesi orentasi
1st day dtg sekolah
Time tu la baru kenal kawan n cikgu
Dan juga persekitaran sekolah

Kebetulan pulak yang lahir tahun 1979 
Kat taman perumahan Shaya tu
Ada la dekat 10 orang
Makanya 1st day tu
Kami buat geng "setaman"

Ditambah plak dengan guru kelas pun jiran kami
So mmg xde masalah langsung
Abah just dtg hanta pagi tu
Jumpa guru kelas tanya pasal yuran
Abah tunggu kejap
Pastu Abah balik

Guru Kelas Shaya masa tu nama dia sangat klasik
Cikgu Puan Che Nah
Memula Cikgu Che Nah suh kita org kenalkan diri masing-masing
Pastu dia bawak pusing sekolah
Tunjuk mana kantin, tandas, coop, bilik guru, bilik guru besar
Pusing-pusing dah kul 10.30
Time tuk makan

Masa tu Shaya xde la nak bersesak-sesak
Sbb Mak dah kasi bekal
So just lepak-lepak n makan kat tepi longkang
Pas rehat masuk balik class

Cikgu bagitau
Oleh sebab buku semua belum dapat
Dia bagi kita org balik awal

Shaya masa tu
Alamak
Abah dah balik
Jenuh la nak kena tunggu Abah dtg amik kul 12.00 nanti
Masa tu manade enpon
Tepon umah pun yg ada cuma org "Ada-Ada"

Nasib baik la
Ada sorang jiran ni
Dia dr pagi tunggu anak dia
Maka kami ni semua berasak-asak dlm keta jiran tu
Balik rumah masing-masing

Paling syahdu dan mengimbau perasaan
Abah anta Shaya g sekolah dulu
Naik basikal jer
Mak siap pesan
Duk blakang jaga kain takut termasuk kat roda beskal
(aduh..mata masuk habuk)

Thursday, 26 December 2013

Lagi 200


Berlanjutan dari kisah Sebijik Kolam Dan 100 Bola
Si budak rambut perang ni
Sgt siok main 
Macam-macam aksi yang dia buat

Time dia baring-baring dalam kolam tu
Kami suka timbunkan dia dengan bola2
Dia tak takut pun
Lagi gelak suka ada la

Oleh sbb dia berani
Makanya
Daddy tambah lagi 200 biji bola lg

Cer tgk gambar bawah ni
Dah mcm terbenam si budak kecik ni



Monday, 23 December 2013

Sebiji Kolam Dan Seratus Bola

Budak Rambut Perang
Dah mula suka main air
Kalau mandi dlm baby bath tub tu
Ditepuk-tepuknya air tu
Abes la nenek or mummy basah

Maka Daddy Khaleef pun
G riki2 kat kolam tuk anaknya

Akhirnya 
Ni dia 
Org busy boli Christmas present
Kami pun sama jugak
hehehehehe

Balik-balik gigih la Daddy Budak Rambut Perang ni
Merealisasikan kolam si kecil pujaan hatinya
Bola kecik yang 100 biji tu
Semua buh dalam kolam
Cenggini le rupanya
Kolam kat living hall

Lepas bangun tido sesi pagi
Daddy Khaleef gigih plak
Penuhnya air dalam kolam tu
Nak kasi Khaleef main dlm tu
Kemain seronok lg ha
Siap menjerit-jerit suka


Sekarang Budak Rambut Perang
Tgh seronok main dalam kolam
Even nak tgk tv pun dr dlm kolam


Wednesday, 18 December 2013

Simple

Arini ada ms xtra sikit
Adjust2 balik
Umah comel Shaya ni

Belek punya belek
Akhirnya Shaya pilih tuk go for simple punya deco
Wallpaper letak muka Khaleef masa tecik2
Ok tak?

Saturday, 7 December 2013

Salam Semua

Salam sahabat sekalian
Makan tahun dah ni tak update blog
Insyaallah lepas ni akan selalu update balik
Sbb 'halangan' tuk berblog ni
Nampak gayanya mcm dah ok jer
(Kes opis pakai proxy server xleh nak bukak blog)

Saturday, 29 June 2013

Dulu Dan Kini

Shaya ni menyambil je pun update blog
Sbb dah lm amat blog di tersadai
Dl busy2 pun leh la gak curik ms
Skang ni bl pegang ipad je
Si cinonet sibuk nak pegang jugak
Camno

Udahnya
Kena la bukak jgk bg dia tgk lagu2 yg disuka
Ni menyambil2 gak jenjalan lwt kengkawan
Sesi mengupdate diri sendiri ttg status n pkembangan
Sahabat sekalian

Nuffnang