Nuffnang

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, 26 September 2011

Donut Kentang Cameron Highland

Aritu kan naik CH
Pastu time Open House bt mix salad buh kentang comel2
So ada la lebihan kentang comel2 tu 
Dah siap direbus dlm esbok
Pikir2 punya pikir
Apa nak buat

So sesi mengoogle resepi pun dilakukan
Maka terjadilah ini
Donut Kentang
Donut Kentang ni mmg giler kentang sedap
Alkisahnya Shaya terbuat adunan yang byk
Oleh sbb kentang tu byk
Maka donut yang terhasil pun byk la
Siap suh K call BFF dia
Yang duk kat sec 15 tu
Nak export donut tu sket

Nak kasi jiran sebelah menyebelah
Haremmmm...jenuh la kita pandang
Nak tegur pun idak
Bak kata K
Kang kering kita duk kasi salam
Bukan dia nak keluar

Tgh duk fikir2 apa nak buat ngan donut
Yang ada dlm 10 ketul tu
Sekali sahabat K called
Ajak dia ngeteh
K ajak je ngeteh kat umah
Ckp Shaya ada bt minum petang
Alhamdulillah...
Terhindar pembaziran


Ni dia resepi donut kentang tu
  • 500 gram tepung gandum
  • 3/4 cawan susu suam (Shaya guna fresh milk dutch lady pastu panaskan kejap)
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sb yeast
  • 4 sudu besar gula
  • 3 sudu besar marjerin
  • 3 biji kentang rebus dan dilecek
Mula-mula gaul tepung, gula, marjerin ngan kentang lecek.
Campurkan susu suam, kuning telur ngan yeast ( dibiarkan seketika dan kemudian masuk dlm adunan tepung)
Uli semua bahan sampai sebati.
Tutup adunan dengan tutup periuk or plastik or pape la jangi tertutup
Bila dan naik. tumbuk-tumbuk dough tersebut untuk keluarkan udara dia
Biarkan seketika..
Pastu bleh la uli jd bentuk yg anda suka..kendian goreng n salut ngan gula
Siap sudah

Monday, 15 August 2011

Menu Iftar Hari Ke 13~Puding Lumut @ Agar-Agar Pandan Santan

Salam buat shemua
Dah potang2 ni
Sure mata tu dah mcm kuyu je ha
Energy pun dah kurang kan
Tapi ada gak yang stil cargas

Dah 15 hari kita puasa
Dan lg 15 hari la kita nak rayakan
Insyaallah
Menu buka ngan sahur dah silih berganti
Abes semua resepi kita nk try
Shaya pun sama gak


Semua tu memenuhi permintaan incik K
Dan juga anak tekak sendiri
heheheheheh

Sabtu lepas teringin rasanya nak mkn
Something yg menjalar sejuk je masuk dlm kerongkong ni
(sila tutup mata dan bayangkan)

Duk la teringat2 kat agar-agar lumut
Oleh kerana tak pernah buat
Makanya Shaya kena la godek2 resepi kat internet
Maka terjumpa resepi yg sonang ni
Tp time buat Shaya adjust2 skit 

Makanya cenggini le rupanya
Misi berjaya tuk percubaa kali pertama

  • 1 peket jelly
  • 1 kotak kecik santan segera
  • 2 mangkuk air (atau lebih untuk mencairkan jelly) 
  • 1 cawan gula
  • 10 helai daun pandan (di blend/kisar dengan air untuk mendapatkan jus pandan dalam 1/2 mangkuk)
  • 2 bji telur ayam 
  • 1 sudu esen vanila
  • Garam
Memula masak jelly ngan air smpai cair dengan api yang besar.
Bila dah cair kecik api bubuh la gula. Kacau sampai gula cair
Kendian tutup api dan masukkan 1 sudu esen vanila
Biar kan je kat atas dapur

Dlm mangkuk yang lain kacaukan jus pandan tadi dengan santan, telur dan secubit garam
Kacau perlahan-lahan sampai sebati.

Kemudian bubuh adunan tadi ke dlm periuk yang berisi jelly cair.
Kacau n masak dgn api sederhana besar smpai mendidih
Dah mendidih angkat dan buh la dlm loyang
Pastu biar dia sejuk
Siap la puding lumut @ agar-agar pandan santan

 Additional Info
After kita campurkan semua bahan tu..kita kaco dia..dia akan bercampur ler..tapi jangan le risoo..
Bahagian atas ngan bawah agar ni dia akan terasing sendiri yer..buh je dlm loyang...
yang ada telur ngan santan tu dia akan duk kat atas..yang kaler jernih tu akan jd bahagian bawah. Ni dlm sains dipanggil proses terampai (amik kau msk pun pakai term sains)



Lau xmo guna pandan pun bleh..just ganti je ngan sirap ker..milo ker
Pape la perasa yang korang nak..

Monday, 8 August 2011

Menu Iftar Hari Ke 6~Rendang Ayam Hijau

Ni shemua gara2 teringin punya psl
Nak tunggu blk kg lambat lg
So nak tak nak
Kena la mengecahkan dapur sendiri
Tuk msk Rendang Ayam Hijau ni

Memula google dl
Tgk cara n style org msk
Than duk agak2 apa bahan yg slalu mak guna
Blk je keje ari Sabtu
Singgah kedai bl santan ngan kerisik
Lain2 bahan semua ada kat umah

Ptg pas bangun dr nap
(Nap ker???)
Sms adik kat kg mntak resepi
Dia ckp baik call je 
Sbb mak pening kang main pesan2 kang silap plak
So kena call mak
Mak pun turunkan ilmu nak msk rendang ni

Kul 5pm camtu dah gigih masuk dapur
Sbb nak bt rendang ni bukan 20 min punya keje
Ketang ketung..ketang ketung
Maka jadilah ini
Gambar kurang bseni yer sbb snap dr kuali pas dah abes buka
Ada yang nak terai gak ker?
meh sini Shaya share resepi dia yer

Bahan-Bahan 
1 ekor ayam
3 kuntum bunga lawang
3 batang kulit kayu manis
20-25 biji cili hijau (ni cili kecik yer)*
(nak pedas buh cili api sket)
4/5 biji bawang besar*
3/4 biji bawang putih*
1 inci halia*
2/3 inci lengkuas"
3/4 batang serai*
santan (sebijik kelapa)
2 sudu kerisik
1/2 helai daun kunyit
3/4 helai daun limau purut
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam

Memula kisarkan smua bertanda *. 
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar dgn bunga lawang dan kulit kayu manis.
Bl dah garing bubuh ayam. Kacau kejap kasi dia rata than buh santan
Kacau lg sampai mcm mendidih
Kendian buh kerisik ngan serbuk kunyit.
Bl mcm dah kering buh la garam, daun limau purut ngan dan kunyit.
Kacau smpai ikut suka anda nak rendang anda kering camne.
Selamat mencuba

Wednesday, 3 August 2011

Menu Iftar Hari Ke 2~Kelah

Kalau semalam Shaya buh gambar kelah yg digoogle
Arini buh ikan yang sebenarnya yer
Kelah yang terdampar di atas alas kayu sebelum disiang
Nak siang ikan kelah ni cabaran jugak
Nasib baik la ikan tu dah buang isi perut dia
Tinggal nak potong n buang sisik


Cabaran bermula time memula pegang ikan
Kulit dia mcm blendir2 sket yer
Bau dia pun mcm hanyir sket


Ucu Shaya dah pesan awal2
Suh lumur ikan tu ngan asam jawa
So after kerat 2 ikan tu
Shaya cuci biasa je dl
Than masuk dlm bekas
Buh garam ngan asam jawa
Asam jawa dlm 2 sudu gak la
Yang utk msk goreng 3 rasa tu
Shaya buh kunyit


Ni le dia rupa yang dibakar
Visual kureng sket sbb tgn udah gigil kelaparan
Mihahahhahaha
Bahagian kepala ikan yg dibakar n cicah ngan sambal kicap+bawang+limau
Yang ni plak rupa masak 3 rasa tu
Kenapa ikan tu dah rompong?
Shemua sbb encik K terlalu excited
Letak je atas meja makan
Dia terus kokak ikan tu
Hahahaha

Kelah masak 3 rasa
Buat tekak Shaya yg 1st time mkn kelah ni
Rasa dia mmg manis n sedap la
Isi dia lembut
Bau hanyir tu sib baik ilang
Kami tak abes pun mkn ikan tu
Even Sayang kan
Tapi nak bt camne
Dah tak mampu nak mkn

Ikan ni lau mkn kat restaurant
Sekilo mau RM100-RM250 sekilo
Mahal amat kan
Sib baik Kami dpt ikan tu free
Ucu ckp ada lg 4,5 ekor dlm esbok dia

Ni Shaya buh la resepi ikan kelah 3 rasa tu yer
Walau Shaya tau ramai yg lg hebat memasak dr Shaya
Ni cara Shaya la kan

Ikan
 sepotong ikan kelah~bahagian ekor
lumur ngan asam jawa, garam n kunyit. pastu goreng garing

Sambal dia
3 sudu cili kering kisar
1 ulas bawang besar~dimayang
2 ulas bawang putih~dimayang
 4 biji bwg merah dikisar bersama 3 biji bwg putih
2 batang serai~dihiris
2 inci halia~dihiris
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
minyak msk tuk menumis
Garam
Gula

Memula tumiskan halia, serai, bawang besar dan bawang putih yang dimayang tu. Kasi bau dia naik.
Kendian buh cili kisar.Tumis kasi garing.Kendian bubuh sos cili ngan sos tomato.
Kacau sampai garing n naik bau.Last buh la garam dan gula ikut rasa lidah kita.
Siap.
Pastu siram kat atas ikan kelah yang siap digoreng td

Ni sedikit tips yg Shaya dpt dr Chef Wan. Nak sedap buh gula kabung skit dlm masakan sambal kita.
Shelalu Shaya buh..Shemalam lupa daaa
Selamat mencuba



Saturday, 14 May 2011

Setelah 32 Tahun

Petang Shemalam Shaya memang begitu teruja yang amat sangat
Shebabnya shetelah 32 tahun
Akhirnya Shaya dah reti masak Kari
Hahahhahahahah
Sila jangan cebik yer
Ada jugak kawan-kawan yang tak lepas2 bab masak kari ni kan
Jangan nak propa
Cepat ngaku

Bagi pakar-pakar masakan sekalian
Pastinya bab masak kari tutup sebelah mata pun menjadi
Tapi semuanya pasti bermula dari tak pandai jugak kan
Cuma bezanya Shaya pandai setelah berumur 32 tahun

Sebenarnya Shaya amat la teringin nak makan 
Kari Petai dengan Udang
Dulu masa bujang Shaya mintak Maksu or Nenek Shaya yang masak
Skang nak suruh K
Ampunnn.....mau dia kasi rempah kari tu jer
Tul kan Yang
hehehehehe
Kat kedai so far memang tak pernah jumpa pun

So hari Selesa lepas dengan gigihnya Shaya ajak K g pasar malam
Membeli shemua bahan walaupun keadaan cuaca amatlah terik
Sanggup jugak diredah demi nak makan kari petai udang

Balik keje shemalam
Dengan penuh rasa berkobar-kobar dan penuh semangat
Shebab nak melangsaikan nawaitu di hati nak masak kari petai udang

Sampai-sampai umah terus kuarkan udang dl
Pastu rehat jap sambil tengok Oprah Winfrey Show
Sesambil tu duk fikir apa resepi yang paling simple dan tak renyah nak masak kari ni
Buku resepi ada jer tapi malas plak nak selongkar2

Nasib baik ada penyelamat iphone ku
Sambil tgk tv duk google resepi kat lubuk resepi

Setelah meneliti bahan-bahan dan cara masakannya
Maka terhasil la Kari Petai Udang ni
Kari Petai Udang
Buat yang sekapal ngan Shaya yang tak berapa nak teror masak ni
Ini Shaya buh resepi kari ni dengan sedikit olahan

Terima kasih pada tuan punya resepi asal manjasayang
Shaya just ikut cara dia buat bahan2 tuk tumis2 tu jer
Yang lain Shaya adjust sendiri sebab yang nak mkn 2 orang jer
So bahan yang sepatutnya untuk 1 keluarga makan Shaya adjust jd lebih sikit
Yang tulisan kaler merah tu Shaya punya idea nak menambah2
  •  10 ekor  udang sederhana besar.
  • (Shaya siang kasi togel shebab malas nak kopek kulit dia time makan nanti)
  • 1 biji bwg besar*
  •  2 ulas bwg putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 batang serai*
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 kuntum bunga
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
  • 5 sudu besar serbuk kari ikan di campur dgn sedikit air di jadikan pes
  • 1/4 cawan air asam
  • 1 cawan air
  • 1 papan petai yang telah dipotong, direbus dan ditoskan
  • Shaya kikis sikit kulit petai sebab nak buang rasa pahit kulit tu
  • 1 sudu teh serbuk perasa serbaguna tumix
  • minyak utk menumis
  • garam secukup rasa dan sedikit gula

 

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda*,panas kan minyak dan tumis bhn2 *hingga wangi.
  2. Masukan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pegaga dan daun kari. Kacau jap bagi naik bau
  3. Masukkan pes kari kacau rata dan tumis hngga pecah minyak.
  4. Masukkan air dan air asam. kalau nampak macam pekat sangat tambah air.Masukkan garam, perasa serbaguna dan sedikit gula.
  5. Masukkan petai yang dah direbus dan udang. Masak sampai mendidih
  6. Bila da agak masak tutup api dan dah pun siap.
Selamat mencuba yer


Nuffnang