Kalau dulu Shaya ok je kalau sesiapa ajak g ziarah orang yg kurang sihat dekat hospital
Namun sekarang Shaya amat keberatan untuk pegi
Sebab Shaya akan jadi Dejavu
Hati Shaya akan jadi teramat sayu
Shaya tahu ziarah orang sakit ni
Sesuatu yang dituntut dalam Islam
Namun ada sedikit rasa ralat dihati ini
Dengan tindakan orang yang datang melawat
Mungkin Shaya dulu juga bertindak sebegini
Iaitu kurang SENSITIF
Rasa ingin tahu dan simpati kita membuatkan
Kita tak perasan bahawa percakapan kita itu
Sebenarnya menyebabkan orang yang diziarahi itu menjadi sangat tidak selesa
Dan seterusnya melemahkan semangatnya
Shaya alami sendiri waktu Mak berada di di ICU Selayang
Takala Mak masih sedar namu tidak mampu untuk berkata-kata
Pelbagai soalan diajukan pada Mak dan juga kami
Sakit apa?
Bedah bahagian mana?
Berapa lama sakit?
Dan banyak lagi soalan la
Kemudian ayat seperti
Alahai kesiannya
Tak sangka yer
dan yang sewaktu dengannya
telah menyebabkan rasa kurang senang Mak dan juga Shaya
Jelas ketara pada riak wajah Mak
Lirikan Mata Mak memandang Shaya
Seakan berkata
Lepas ni jangan bagi lagi dorang lawat Mak
Sampai sekarang Shaya masih terbayang sayu pandangan mata Mak tu
Sesak dan penuh dada dengan rasa sebak
Semenjak dari itu
Shaya tak mengalakkan rakan-rakan mahukan saudara datang menziarah Mak
Melainkan adik beradik Mak
Kala itu barulah Shaya faham
Apabila ada permintaan keluarga
Yang tak membenarkan orang luar melawat keluarga mereka
Semuanya kerana tindakan kita yang kurang SENSITIVE
kita bercerita perihal kesakitan didepan orang yg sedang sakit
Kemudian kita panjang kan cerita pd orang lain
Yang mana fakta tertentu telah berubah
Waktu di ICU tu
Emosi kami selaku penjaga dan juga Mak selaku yang dijaga
Sangat la FRAGILE
Kata-kata semangat seperti
Kami faham apa yang kamu semua rasa
Seakan kata ejekan
Bukan penambah semangat kerana
Kamu sebenarnya tak faham apa yg kami rasa melainkan kami alaminya sendiri
Berkampung setiap hari di wad ICU
Inilah apa yang Shaya rasai sendiri
Shaya juga dimarahi oleh saudara mara
Selepas mereka mendapat tahu berita pemergian Mak
Shaya dipersoalkan
Kenapa tidak mengkhabarkan berita ketidaksihatan Mak
Sehingga ada yg terasa hati
Abah tunduk diam tak mampu berkata
Dengan nada keras namun masih menyimpan rasa hormat
Shaya pohon maaf dan Shaya tegaskan
Shaya tak rela kisah kesakitan mak dijaja apabila selesai melawat Mak di ICU
Shaya nak semua orang kenang Mak dengan gambaran yang cantik dan sempurna
Bukan kenangan terakhir sebagai seorang yang terbaring di wad ICU
Shaya mohon supaya tindakan kami ini difahami dan dihormati
Bukan niat kami membelakangkan sesiapa
Kami ingin menjaga maruah orang kesayangan kami
Semua terdiam bersama juraian air mata
1 comment:
haah wa betul tuu...rasa x selesa menerima kunjungan dari mereka2 yg tidak sensitif n tidak peka dgn keadaan kita...sebab tu kalau ada ahli keluarga yg admit tu kita diam2 sudaaa...org lain x paham...kita jerk yg paham kenapa...
ada jugak yg jenis "terasa" biler kita x ziarah diorg dkt hospital..diorg anggap kita x peduli diorg tgh sakit tu...tapi kita nak pergi ...kita sendiri x kuat...antibodi x kuat..pergi salah..x pergi pun salah...aduhaiii...
Post a Comment