Nuffnang

Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Monday, 12 May 2014

Felda Residence Kuala Terengganu

Kisah ni dah lama terperap kat draft folder
Tapi xpe la
Kita kasi publish jugak la
Walau citer ni dah makan taun

Sambungan coti-coti pantai msia yang berjaman

Sampai je kat KT
Terus carik hotel dulu
Agak berpusing2 jugak memula tu
Sbb ingatkan hotel tu kat area Pasar Payang tu
Rupanya
Keatas lagi
Kena lalu depan Hotel Sri Malaysia

Harga bilik dia RM 178
Keadaan fizikal luaran hotel
Nampak mcm tak berapa hebat
Maybe sbb tanah dia kecik
Rasanya less than an acre
So building dia tu
Slim n tall je la
Entrance lobby dia pun sempit
Chk in counter dia bukan kat lobby
(lupa dah tingkat bape)
Sambil tunggu dorang siapkan bilik
Sekodeng la keadaan sekitar dia
Nampak la benda alah ni

Lepas chk in
Kami turun kat bawah
Lepak-lepak kejap kat cafe dia
Tgk org mancing sambil makan kepok leko
Lepas asar
Kami stat gerak pegi ronda-ronda kat area Masjid Kristal

Utk sesi dinner kami makan kat area Losong
Sbb dah berjaman lupa nama restaurant ni
Tapi lokasi dia dekat bawah jambatan
Dan dia betul-betul sebelah muara
Tak silap Shaya kedai makan ni
Ada masuk JJCM

Ni antara menu yang kami order

Secara keseluruhan
Lauk-lauk dia ok la
Cuma servis tu agak lambat
Ni bukti yang kami berjaya juga abeskan lauk-lauk kami



Friday, 24 January 2014

Hujung Benua Asia

Kisah jaman tok kadok
Time ni Lil Kay Ai
Dalam perut lagi
Baru 5 mnths ++

Pegi JB shebab ada wedding
Kawan kolej Kay
Rumah dia kat area Perling

Esoknya meronda JB dan kawasan sekitarnya
Kami balik ikut jalan jauh
Pusing jalan-jalan kampung
Dan sampai lah kami ke Hujung Benua Asia












Wednesday, 22 January 2014

Cuti-Cuti Malaysia Pantai Timur ~ Holiday Villa Cherating

Holiday kalini
Plan asalnya adalah bercuti bersama dengan Kay punya BFF + families
Pung pang..pung pang
Akhirnya tinggal 2 families jer
Kami berdua n sorang BFF Kay

Trip ni dinamakan Free n Easy East Cost
Kay siap buat itinenary lagi

Plan asal kami akan bertolak dari Bangi pada subuh Sabtu
Hari Jumaat malam tu
2-2 duk lepak2 kat umah
Tetiba Kay bagi idea
Tuk gerak malam ni
Drive slow-slow
N stop kat Kuantan

Sebab Kay bagi idea mcm tu adalah
Kang hari sabtu tu xde la penat sgt drive terus menerus
Dari Bangi ke Ganu
Shaya pun packed barang-barang masuk dalam kete
Kay kunci semua pintu
Dan perjalanan pun dimulakan

Yang sempoinya
Shaya masa tu pakai tshirt biasa n suar track jer
Kami sampai kat area Cherating dalam pukul 1 lebih
Walk in kat Holiday Villa tuk carik tempat tido
Alhamdulillah ada bilik
Rate RM280++ lau xsilap

Masuk je bilik
2-2 terus lena..ngantuk seh
Esok paginya bangun pagi tuk g bekpes kat tepi pantai
Menu bekpes dia biasa-biasa saja

Lepas bekpes baru la jalan-jalan pusing kws hotel
Keadaan hotel dah tak gah sangat
Bilik yang kami dapat tu
Karpet dia berbau
Pastu yang paling xbest
Water pressure tak kuat
Toilet plak tak berfungsi sepenuhnya

Kemudahan tuk iron baju
Diletakkan kat luar bilik
Leceh betul
Maybe hotel ni perlukan refurbishment
Sebab sayang la hotel yang nama gah
Tapi keadaannya so so

After checked out kami teruskan
Cuti-Cuti Malaysia Pantai Timur Kami ke Ganu pulak

Tuesday, 21 January 2014

Langkawi Part 3

Lepas dah check out
Kami sambung ronda-ronda Pulau Langkawi
Memula g terjah Idaman suri dulu
Mau boli coklat banyak
Shaya ni xsuka coklat
So Shaya lebih kepada brg selain coklat

Time tu rasa sakit je mata
Sbb set-set tu murah amat
Tapi xbleh nak bl
Sbb sape yang nak membawak nya nanti
Willdan punya coklat je dah 2 beg
Dia abeskan duit dia RM300 tuk bl coklat jer

Dah settle kat idaman suri
Gerak g makan kat nasi ayam best tu
Yang dekat ngan Berjaya Hotel
Dah konyang baru gerak g naik cable car

Cool je budak ni
Masa kami pegi ni
Jambatan gantung tu dia tutup
Tgh buat apa ntah
Kat last point tu kami just lepak kejap
Amik gambo
Pastu turun



Langkawi Part 2

Kami chk in kat Bella Vista Resort & Spa
Hotel ni kat Pekan Kuah
Shaya amik 2 Bedroom Suite
Rege dia RM400++
Shaya booked kat Agoda

Masa kami pegi tu bilik semua penuh
Bilik yg Shaya amik ni
Dia sebenarnya 2 bilik yang bersambungan
1 bilik ada 1 katil double
1 lagi 2 katil single

Hari kedua tu
Dalam kul 8 lebih
Kami turun g bekpes
Skali tgk makanan
Dah banyak habis
Dorang tgh kelam kabut refill
Rupanya ada rombongan shopping cik kiah
Duk ngidap kat hotel tu gak
2 bas kau
Dorang turun lebih awal dr kami
Padan la makanan dorang kasi licin

Pas habis isi peyut
Jalan-jalan kejap
Pegi dekat swimming pool dia
Khaleef mula-mula takut nak masuk
Shaya just celupkan kaki dia jer


Tapi dia duk tgk willdan berenang
Kendian Shaya bwk dia masuk ke tengah sikit

Lama-lama dah syok
Menjerit-jerit suka n tak mau naik



Monday, 20 January 2014

Langkawi Part 1

Plan g langkawi ni mmg last minit
Reason dia adalah
Just nak bagi Khaleef Imran rasa nak kapal terbang
tu jer

Pastu kebetulan
Mak Shaya ada janji ngan anak buah
If keputusan UPSR bagus
Dia akan dibelanja naik kapal terbang jugak

So Shaya pun pegi booking air ticket
Pegi 2 hari 1 malam

Sampai kat LCCT
Budak kecik ni excited tgk kapal terbang
1st experience for him

Air Asia ni yang tak syoknya
Mesti la delay
Nak pegi tu pun delay
Kena la Mummy layan Khaleef tgk kartun kat ipad

2-2 ni 1st timer naik kapal terbang


Actually Shaya risau gak kot dia melalak
Sbb kita yang dewasa pun
Rasa xbape syok bila flight take off n landing
Ni apa lg budak

Alhamdulillah
Khaleef Imran behave sangat
Time take off Shaya tutup telingga n susukan dia


Sampai Langkawi
Dah lewat petang
Keta sewa pun dah tunggu

Kami terus je pegi chk in hotel
Rehat kejap
Pastu kuar balik g dinner

Wednesday, 15 January 2014

Avillion Admiral Cove Port Dickson

Duduk kat hotel ni
Sebab nak pegi kenduri kawin kawan Kay
Masa ni stil berdua

Biasa booking bilik tuk holiday Shaya guna Agoda
But that time Agoda fully booked
Guna option lain plak
www.dhr.com

Dapat bilik Superior
Rege dia RM 200.00++
Sekali ngan bekpes

Keadaan bilik adalah mcm ni
Ni gambar dalam website 
Ni actual room. Sama je kan



Shaya suka bilik dia
Nyaman jer
Bekpes kat sini pun sedap jugak

Bersama pengantin.

Tuesday, 24 December 2013

Swiss Garden Golf Resot & Spa Damai Laut

Actually pegi hotel ni dah lama pun
Tp arini baru nak ngomel2 psl hotel ni
Buat yang nak g oliday kat sini
Leh la dijadikan rujukan

Shaya dan K
2-2 1st timer
Stay kat hotel ni
Shaya punya expectation 
Agak tinggi jugak la
Sbb sebelum pegi tu ada gak baca
Review org lain
Mcm best jer

Tema holiday
Free n Easy
Agak-agak ada tempat best
Kami stop kejap

Time pegi tu
Tengah musim padi tgh masak
Siok je mata memandang kiri n kanan jalan



Kami singgah la kejap
Kat Teluk Intan
Tapau Mc D n amik gambo menara


Kami gunakan bantu incik google map
Sbb tak pernah sampai kan

Time kami pegi tu
Jalan masuk ke Swiss Garden ni
Dorang tgh nak besarkan
Penuh dengan tanah merah
Aduyaiiii

Smpai just ngam2 waktu nak check in
Kami amik Deluxe Garden View Room
Rate masa tu RM 311.00
Tgk dari luar cantik jugak hotel ni
Tapi bila masuk bilik skali ada bau kepam plak

Malam kami dinner kat hotel je
Sbb nak kuar mkn xtau nak g mana pun
Tapi style kat Swiss Garden tu
Main course kita kena order lain
Sbb buffet dia cuma tuk side dish je
Mcm salad, cake, appetizers

Satu perkara yang Shaya rimas kat hotel ni ialah
Hotel ni banyak lalat
Makanan lau lama sket terdedah
Sure kena hurung
Maybe sbb hotel ni dekat dengan ladang buah
Yang gunakan baja organik kot
Bagi yang pengeli geleman pada lalat
Mungkin hal ni jd penyebab tuk anda tak makan

Based on star rating
Hotel ni 4 bintang
Tapi pada Shaya mcm tak 4 bintang
Lebih-lebih lagi isu lalat tu
If ditanya nak dtg lagi tak
Jawapannya
Kena fikir 3,4 kali dl

Antara view waktu senja







Nuffnang