Nuffnang

Monday, 26 May 2014

Bukan Setakat Coklat Je Yang Tak Halal

Kecoh psl ada DNA babi dlm coklat
Semua orang rasa kesal dengan kejadian tu
Sbb buat peminat tegar coklat 
Dah berapa byk coklat jenama tu yang dah dimakan

Shaya mmg tak suka coklat
Kadang-kadang je la ada rasa nak makan
Tu pun sekadar lepaskan batuk ditangga

Bila cakap bab halal haram dalam pemakanan ni
Kita ni pun adakalanya "bias" juga
Shaya pun termasuk dalam golongan "bias" itu

Pada kita arak dan babi tu je la yang haram
Kita tak fikir pun tentang benda lain yang tak haram
Tapi menyumbang kepada penambahan titik-titik hitam pada hati kita
Dah seterusnya memberi kesan kepada perlakuan dan tindakan diri kita

Dulu time Study Shaya amat menjaga pemakanan Shaya
Mana-mana yang "syubhat" mmg Shaya akan elak terus
Masuk kedai makan cina pun tidak
Semuanya sbb nak jaga supaya tak mudah lupa
Maaf..Shaya bukan hebat cuma ni salah satu ikhtiar time blaja dl
Mungkin  ada yang mencebik
Dengan kenyataan Shaya ini

Bila dah ada anak ni
Shaya tanamkan niat dlm hati
Mmg nak control ketat bab pemakanan dia
Benda-benda yang melemahkan minda
Makanan mcm organ-organ (hati, pedal), 
Makanan half cooked mcm telur separuh masak
Semua akan sedaya upaya Shaya elakkan

Tapi jujur Shaya katakan
Bukan senang nak tunaikan niat ni
Sbb kita harus "berperang" dengan org sekitar kita
Terutamanya next of kin kita
Kang kalau kita kata jangan
Silap-silap ada yang sentap
Nak tak nak dengan berat hati
Terpaksa la juga
Memberi sedikit kelonggaran

Teori penjagaan makanan tuk minda ni
Memang terbukti pada ramai bijak pandai
Dorang maybe just cakap makan makanan yang berkhasiat

Contoh paling dekat ialah diri Shaya sendiri
Sekarang ni pun
Banyak "ilmu" yang dah ingat-ingat lupa
Badan pun adakala duk berangin jer
Sbb dah "tak jaga" sgt bab-bab makan ni
Moga Shaya terus diberikan kekuatan
Untuk "menjaga" pemakanan anak-anak Shaya
Insyaallah

No comments:

Nuffnang