Nuffnang

Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Friday, 15 August 2014

29 Weeks

Memula nak ucap
Selamat Hari Raya Aidilfitri tuk semua
Camne raya korang

Raya kami tahun ni serba sederhana jer
1st day raya kat Melaka
Yang paling seronok mestilah
Si Budak rambut bergelung-gelung tu

Mummy raya ni selow sket
Sbb dah semput
Poyot xde la besau mana pun
Tapi dia punya tahap ketidak upayaan tu
Sangat la tinggi

Skang Shaya dah pun 29 weeks
Petang ni stat buat check up yang fortnightly
Shaya pilih nak bersalin kat An-Nur Bangi tu jgk
Reason dia ialah
Setelah riki-riki
Hospital lain
Even kita pilih doctor pompuan
Masih ada possibility
Yang akan sambut anak kita tu nanti lelaki

Shaya pun mmg sgt puas hati ngan sevis Doctor Kamsiah
(Nnti Shaya citer yer 1st experience bersalin dl)

Adik sgt la active dlm perut Mummy
Tiap kali scan
Mcm-mcm aksi dia buat
Last scan haritu
Bila doctor ckp
Cuba tgk mata dia
Adik bukak mata
Bila doctor cerita psl kaki n tangan
Dia duk gerak-gerak kaki n tangan dia
Pastu time kira jari-jari tangan
Dia masukkan jari kat dlm mulut
Alahai Adik


Tuesday, 27 May 2014

Janji Sihat

Salam Israk & Mikraj buat shemua
Buat yang bercoti syok la kan
Buat yang kojer mcm Shaya
Selamat berkojer yer

Harini our lil junior dah 18 weeks
My bump pun dah stat nampak

Masa 16 weeks ritu
G wat monthly checkup
Kat Klinik Pakar Wanita & Bersalin Subang Permai
Kebetulan Doc on duty ritu Doc Surinder
Shaya suka jumpa doctor ni
Dia mmg pakar O&G
(Next time Shaya citer lebih details psl Clinic n Doc Surinder ni)

Actually date tuk montly check up lagi 2 hari
Tapi sbb Shaya rasa mcm pening2 lalat
Shaya ni mmg dr zaman dulu lg
Asyik ada low blood pressure
To be safe
Takut time jalan-jalan kang pengsan
Terus la jumpa doctor

Doc buat scan mcm biasa la
Alhamdulillah
Mummy n baby both are in good condition
Than doc tanya nak tau gender baby tak
Shaya dan Kay 2-2 ckp kami tak kisah
Doc Surinder tanya Shaya
U rasa girl ke boy
Shaya jawab ramai yang ckp girl
Than dia tanya whether Shaya setuju ke tidak ngan tekaan orang
Shaya jawab mungkin 
Sebab kali ni punya morning sickness lain compared to ngandung Khaleef

Doc Surinder jawab
Yes its a girl
Coz tiada sebarang bonjolan di celah kangkang baby
Semua kosong
Shaya n Kay senyum jer
Coz for both of us janji baby sihat
My EDD is end of Oct 2014

Friday, 23 May 2014

Terasa

Kalau pegnen yang dulu
Tekak ni asyik la duk "terasa" nak makan macam-macam
Tuk yang kali ni
Tak berapa pulak "terasa"nya
Lagi-lagi bila makannya je
Kang sure muntah balik
Or kalau makan pun
sikit ya amat

Mcm haritu
Duk teringin nak makan lontong
Mak Shaya beriya la msk
Shaya mkn nasi impit tu 4 ketoi jer
Mak masak punya la banyak
Yang untungnya orang lain la

Menjak masuk bln kedua 
Tekak ada terasa mau makan buah rambutan
Tapi belum musim mana nak jumpa
Redha je la dengan buah rambutan dlm tin

Malam kelmarin
Pegi Jaya Grocer Bukit Jelutong
Membeli makanan tuk si rambut perang
Sekali ada jual rambutan
Sepeket tu dlm stgh kilo RM 4++
Shaya amik 2 peket
Anak tekak sudah rasa manisnya rambutan
Walau pun belum makan

Beralih ke tempat sayur-sayur
Nampak pulak terung pipit
Huhh..berjaman tok kadok tak makan
Dah terbayang terung pipit tu ditumis dgn cili padi pastu buh telur
Makan ngan nasi panas
Umang aiiii
Syurga dunia

Nafsu punya pasal
Shaya amik gak 2 peket
Sbb fikir nanti
Kang lau amik sepeket tak cukup plak
Mak yong ni nak mkn

Buat yang xtau rupa terung pipit tu camne
Ni gambar yg digoogle
Sbb time mkn semalam syok sgt
Lupa mau amik gambo
Google
Incik Kay Shaya fobia dengan terung dia
Sbb dia kata 1st time dia try makan
Pastu muntah-muntah
So kurang la jumlah "saingan' tuk makan sayur tumis terung pipit tu
Maka jumlah portion Shaya makin bertambah banyak
hehehehehe


Friday, 9 May 2014

Gara-Gara

Sememangnya pengalaman pegnen mmg berbeza-beza
Tuk yg kali kedua ni
Dlm tempoh 14 weeks
Berat Shaya dah turun sebanyak 6 kg
Semua gara-gara xlalu nak mkn
Dan juga tiap kali makan sure muntah balik

Perut masih belum nampak
So mana yang tak tau
Pasti akan tegur kenapa Shaya nmpk kurus mendadak
Dorang ckp pipi yang bam bam pun dah kempis

Yang buat Shaya sendiri terkejut
Shaya boleh pakai bj kurung moden
Which is Shaya tak boleh nak pakai before this
Sbb sendat kat bahagian pinggang n peyut
Skali bl pegnen ni elok plak dia jd longgar
Oh...my baju


Friday, 25 April 2014

4

Pada hari Jumaat yang Baraqah
Nak share ngan semua
We are gonna be
BEREMPAT
Dalam jangkamasa lagi 6 bulan
Kalau ada rezeki
Sama bulan dgn Khaleef

1st trimester yang sgt berbeza 
Tak ada selera yang teramat
Sampai ada ritu
Makan je muntah
Selama 2 hari berturut
Badan sampai lemah longlai
Menyerah diri kat clinic
Drip sampai 3 botol

Adik Khaleef sgt active dlm perut Mummy



Wednesday, 18 April 2012

Bahan dan Fungsi

Baby powder tuk sapu kat tudung n baju after blk lunch sbb bau makanan 
( kes tak tahan bau masakan)

Ammeltz yoko yoko tuk sapu kat pinggang n tengkuk. 
Tp skang dah xbuat sbb doktor dzulraidah tak kasi
( kes bdn byk angin)

Asam mabuk tuk dikudap2 time loya

Thursday, 12 April 2012

3 bulan

Slm buat shemua
Lama amat kan shaya bertapa
Alhamdulillah
Dengan izin Allah
Sesi pertapaan yg pertama dah pun nak tamat
MS pun dah tggl saki baki je lg
Doakan shaya n baby terus sihat yer kawan2



Friday, 16 March 2012

Doakan

Harini
Ada sedikit kelapangan
Disebalik rasa semput menarik nafas
Sambil berehat diwaktu lunch hour
Mencari peluang membelek2 blog

Sebolehnya
Dengan sepenuh tenaga
Mencari kekuatan utk meneruskan kerja-kerja yg banyak
Tp bl dah tak berdaya
Duduk berdiam melepas lelah

Kesihatan yang semenjak 2 menjak ni
Agak tak berapa nak mengizinkan
Kepenatan yang senantiasa menjengah
Kelesuan yang teramat ada ketikanya

Tp xpe la
Itu semua ujian Allah
Ia antara rasa manis yang Allah kurniakan
Utk dirasai oleh hambanya
Insyaallah
Semua akan ada ganjaran yang besar

Doakan Shaya yer
Utk terus sihat



Nuffnang