Wednesday, 8 January 2014

Kena Pecah

Sebelum ni selalu baca n dengar cite org
Ada gak beringat psl letak beg kat passenger punya seat
Tapi kebanyakkan masa Shaya take it for granted 

Ketentuan Allah
Pada 10hb Jun 2013 sekitar Jam 6.30 ptg
Shaya yang menjadi mangsa pecah cermin kete

Kejadian tu berlaku sangat pantas
Kalau nak diikutkan pada hari kejadian
Shaya guna laluan yang bukan selalu Shaya guna
Kononnya nak elak jem la 

Shaya guna jalan Sg Buloh-Kota Damansara-Subang
Hari tu pulak time drive
Shaya mcm duk leka jer
Xde pun nak duk tengok kekiri or kanan
Sbb dalam otak ni fikir nak cepat sampai umah je

Sampai kat traffic light kat Kota Damansara
(Traffic light yg dekat ngan pasar malam)
Shaya berenti kat lorong yang paling kanan
Time tu Shaya leka duk pandang ke arah kanan

Sekali dengar bunyi dentuman yang amat kuat
Bila pandang ke kiri
Ada orang tengah ketuk cermin kete

Shaya masa tu terus tarik handbag yang kat bwh kaki passenger seat
Letak kat kaki Shaya
Pastu Shaya capai cooler bag yg ada susu
Baling kat seat belakang
Baru Shaya nak capai beg yg ada breast pump tu
Tangan perampok tu dah capai dulu
3 kali ketok
Retak seribu cermin kete Shaya

After dia amik beg breast pump tu
2 ekor perampok tu buat U turn menghala ke Sg Buloh
Shaya nampak si perampok yg kat belakang tu
Duk kepit rapat Shaya punya breast pump
Dia pandang kearah Shaya

Masa tu Shaya berdoa
Ya Allah biar la 2 ekor perampok tu pegi jauh-jauh
Than baru dia bukak beg tu
Sbb kang bila dia blk
Nampak ada breast pump
Sure dia marah

Shaya takut 2 ekor perampok tu
Pusing n carik Shaya balik
Dan cederakan Shaya

Bila traffic light dah hijau
Saya pun teruskan perjalanan 
Dalam masa yang sama Shaya ada mintak tolong
2 orang hamba Allah ni
Tuk follow kete Shaya dari belakang
Sbb Shaya takut 2 ekor tu datang balik

Shaya called Kay bagitau kete kena pecah
K siap suh saya ulang sekali apa yg Shaya ckp
K pesan tunggu kat petrol station
Nanti adik Shaya dtg naik moto
Dia akan follow dari belakang

Sampai rumah baru Shaya perasan
Baju Shaya penuh ngan kaca
Pas maghrib pegi balai buat report
Incik polis tu tanya
Pesal akak tak langgar je budak tu?

Shaya ngan jujur trus ckp
Ish..kang mati pulak budak tu
Incik polis kata
Lain kali akak langgor je
Kira akak mempertahankan diri akak
Incik polis tu siap cakap
Kita payah nak tangkap perampok tu kak
Sbb akk pun tak ingat muka dorang kan
Kay cakap kami ni buat report
Sbb nak claim insurans je
Sib baik ada amik insurans tuk semua cermin
Lau idak
Rabak gak poket

Tinggal sket je cermin yang tinggal. Lain dah berderai

Bersepah kata dalam kete

Status 'hangin' Kay kat facebook dia

2 comments:

Daddy Ziyyad said...

Dah letak kat tempat kaki pun kena pecah jugak cermin...lepas ni segala mcm beg mmg kena simpan dlm bonet...mmg elok kalau perampok tu dilanggar aja...

Dr Singa said...

sibb awak tak apa-apa!!


ntah-ntah penyangak tu tak tau pun hapakebenda yang depa curi tu!!
buat trompet!