Nuffnang

Wednesday 22 January 2014

Cuti-Cuti Malaysia Pantai Timur ~ Holiday Villa Cherating

Holiday kalini
Plan asalnya adalah bercuti bersama dengan Kay punya BFF + families
Pung pang..pung pang
Akhirnya tinggal 2 families jer
Kami berdua n sorang BFF Kay

Trip ni dinamakan Free n Easy East Cost
Kay siap buat itinenary lagi

Plan asal kami akan bertolak dari Bangi pada subuh Sabtu
Hari Jumaat malam tu
2-2 duk lepak2 kat umah
Tetiba Kay bagi idea
Tuk gerak malam ni
Drive slow-slow
N stop kat Kuantan

Sebab Kay bagi idea mcm tu adalah
Kang hari sabtu tu xde la penat sgt drive terus menerus
Dari Bangi ke Ganu
Shaya pun packed barang-barang masuk dalam kete
Kay kunci semua pintu
Dan perjalanan pun dimulakan

Yang sempoinya
Shaya masa tu pakai tshirt biasa n suar track jer
Kami sampai kat area Cherating dalam pukul 1 lebih
Walk in kat Holiday Villa tuk carik tempat tido
Alhamdulillah ada bilik
Rate RM280++ lau xsilap

Masuk je bilik
2-2 terus lena..ngantuk seh
Esok paginya bangun pagi tuk g bekpes kat tepi pantai
Menu bekpes dia biasa-biasa saja

Lepas bekpes baru la jalan-jalan pusing kws hotel
Keadaan hotel dah tak gah sangat
Bilik yang kami dapat tu
Karpet dia berbau
Pastu yang paling xbest
Water pressure tak kuat
Toilet plak tak berfungsi sepenuhnya

Kemudahan tuk iron baju
Diletakkan kat luar bilik
Leceh betul
Maybe hotel ni perlukan refurbishment
Sebab sayang la hotel yang nama gah
Tapi keadaannya so so

After checked out kami teruskan
Cuti-Cuti Malaysia Pantai Timur Kami ke Ganu pulak

2 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

selalu dok lalu je kat cherating ni.. kalau singgah pun utk mkn je... tgh resort2 semua mmg gah2 belaka.. takut plak tak cukup syiling nak bayor.. heheehe... best tak pantainya wawa?

Cho Zila said...

akak penah gi situ tahun 90-an dululer.. mstu bestler.. sekarangni nak gi belah pantai timurpun payah... untuk tidur sekejap gitu mahal gak yerk wa...

Nuffnang