Nuffnang

Tuesday 31 May 2011

Nur Alert

Ada tak kawan2 semua dpt sms dr SKMM berkenaan dgn Nur Alert MMS.
Before dpt sms ni shaya ada dengar promo kat radio bkenaan sms ni n kita diminta utk bkerjasama utk mbantu.
Shaya dah reply YA tuk perkhidmatan ni.
Kawan2 yg lain ada terima tak? Dah reply ke blum?

Monday 30 May 2011

Tahniah

Selalu kita dpt ucapan tahniah bl dpt anak, dpt keje, naik gaji
TAPI
Pernahkah anda mendapat ucapan tahniah sebegini
" TAHNIAH ANDA TELAH BERJAYA MENJALANI PEMBEDAHAN...."



Thursday 26 May 2011

Mc


Shaya MC selama 1 week
So sesi blog walking juga akan mc selama seminggu

Monday 23 May 2011

Operation

Time tulis n3 ni shaya kat hospital serdang tgh tggu turn nak kena operate. Just minor operation kat bhg pergelangan tangan. Doakan semua selamat yer.Amin

Friday 20 May 2011

Pening Lalat

Salam buat shemua
Sesi cuti2 Sabah Shaya dah selesai dengan jayanya
Harini dah masuk keje blk

Shaya masuk opis pun on time
Takde lambat
Cuma skang ni
Kepala Shaya ada agak pening lalat sket la
Takan jet lag plak kan
huhuhuhu

Tapikan
Naik flight kali ni memang worst la
Both from KL to KK and from KK to KL
Kapal terbang asyik bergegar je
Pastu yang paling Shaya tak tahan tu bila kejap turun kejap naik
Encik Pilot mengelak turbulent flow

Ohhhhh..
Seyes la Shaya tak mampu nak citer byk
Sebab memang rasa betul2 punya pening2 lalat ni
Nanti2 la shaya sambung cerita yer



Wednesday 18 May 2011

Monday 16 May 2011

Sunrise @ Kundasang


Waktu gambar ni diambil ialah sekitar jam 6.15am. 
Suasana mmg dah terang pun. 
Mcm pukul 8.00am kat semenanjung.
View ni betul2 dr balcony bilik hotel kami


Sunday 15 May 2011

Boleh Bah Kalau Kau

Time kengkawan baca n3 ni
Shaya dan K sudah berada di Sabah
Sedang Coti-Coti Malaysia yer

Esok public oliday
Apa plan tuk cuti esok?

Saturday 14 May 2011

Kenyataan Itu

Walau pun perit untuk dimengakukan
Tapi itu lah kenyataan
Shaya dah gain weight
huhuhuhuhu
Tapi stil dlm range ideal weight la
Fuhhhhhh

Dulu masa zaman g training modelling n catwalk
Jenuh la makan hati tgk semua nya ramping2 belaka
 Siapa yang self esteem dia rapuh
Senang-senang je akan rasa rendah diri
Nasik baik Shaya ni kebal sket
So Shaya cuma rasa jeles yang amat
Dan terus berazam tuk jd kurus kerempeng seperti mereka

Tambah plak sifu pun duk ckp
U kena loose weight sikit yer
Tang perut kena kasi tak ada tayar spare langsung
Dush..Dush..Dush...
Suatu kenyataan yang menyakitkan hati tapi benar
Maka semua yang berkenaan pun gigih la berdiet

Shaya cuma control bab jumlah pengambilan nasi
Dan yang paling wajib kena bersenam
Kat umah leh katakan tiap2 hari Shaya akan skipping dlm 100x
Weekend g jogging kat Tasik Kelana Jaya nun
At least 3 pusingan
 Tido pun Shaya jaga
No tido after bangun solat subuh
Dan No tido petang
Seminggu sekali after keje g main badminton
Berhasil ye kawan-kawan ku sekalian

Now after kawin
Nak g jogging asyik tak menjadi jer
Ada je halnya (alasan yang bunyi mcm klise)
Badminton jauh la sekali
Sbb dah ada suami ni kena blk awal skit
Bila dihitung balik
Dah dekat 5 bulan ha Shaya tak bersenam

Atlet pun lau dia terus stop dr bersukan badan akan naik
Ni apa lg Shaya yang bkn atlet
Tapi Shaya sedang berazam ni
Untuk kembali ke berat badan yang dahulu itu 

Antara peralatan sokongan yang diperlukan



Setelah 32 Tahun

Petang Shemalam Shaya memang begitu teruja yang amat sangat
Shebabnya shetelah 32 tahun
Akhirnya Shaya dah reti masak Kari
Hahahhahahahah
Sila jangan cebik yer
Ada jugak kawan-kawan yang tak lepas2 bab masak kari ni kan
Jangan nak propa
Cepat ngaku

Bagi pakar-pakar masakan sekalian
Pastinya bab masak kari tutup sebelah mata pun menjadi
Tapi semuanya pasti bermula dari tak pandai jugak kan
Cuma bezanya Shaya pandai setelah berumur 32 tahun

Sebenarnya Shaya amat la teringin nak makan 
Kari Petai dengan Udang
Dulu masa bujang Shaya mintak Maksu or Nenek Shaya yang masak
Skang nak suruh K
Ampunnn.....mau dia kasi rempah kari tu jer
Tul kan Yang
hehehehehe
Kat kedai so far memang tak pernah jumpa pun

So hari Selesa lepas dengan gigihnya Shaya ajak K g pasar malam
Membeli shemua bahan walaupun keadaan cuaca amatlah terik
Sanggup jugak diredah demi nak makan kari petai udang

Balik keje shemalam
Dengan penuh rasa berkobar-kobar dan penuh semangat
Shebab nak melangsaikan nawaitu di hati nak masak kari petai udang

Sampai-sampai umah terus kuarkan udang dl
Pastu rehat jap sambil tengok Oprah Winfrey Show
Sesambil tu duk fikir apa resepi yang paling simple dan tak renyah nak masak kari ni
Buku resepi ada jer tapi malas plak nak selongkar2

Nasib baik ada penyelamat iphone ku
Sambil tgk tv duk google resepi kat lubuk resepi

Setelah meneliti bahan-bahan dan cara masakannya
Maka terhasil la Kari Petai Udang ni
Kari Petai Udang
Buat yang sekapal ngan Shaya yang tak berapa nak teror masak ni
Ini Shaya buh resepi kari ni dengan sedikit olahan

Terima kasih pada tuan punya resepi asal manjasayang
Shaya just ikut cara dia buat bahan2 tuk tumis2 tu jer
Yang lain Shaya adjust sendiri sebab yang nak mkn 2 orang jer
So bahan yang sepatutnya untuk 1 keluarga makan Shaya adjust jd lebih sikit
Yang tulisan kaler merah tu Shaya punya idea nak menambah2
  •  10 ekor  udang sederhana besar.
  • (Shaya siang kasi togel shebab malas nak kopek kulit dia time makan nanti)
  • 1 biji bwg besar*
  •  2 ulas bwg putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 batang serai*
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 kuntum bunga
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
  • 5 sudu besar serbuk kari ikan di campur dgn sedikit air di jadikan pes
  • 1/4 cawan air asam
  • 1 cawan air
  • 1 papan petai yang telah dipotong, direbus dan ditoskan
  • Shaya kikis sikit kulit petai sebab nak buang rasa pahit kulit tu
  • 1 sudu teh serbuk perasa serbaguna tumix
  • minyak utk menumis
  • garam secukup rasa dan sedikit gula

 

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda*,panas kan minyak dan tumis bhn2 *hingga wangi.
  2. Masukan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pegaga dan daun kari. Kacau jap bagi naik bau
  3. Masukkan pes kari kacau rata dan tumis hngga pecah minyak.
  4. Masukkan air dan air asam. kalau nampak macam pekat sangat tambah air.Masukkan garam, perasa serbaguna dan sedikit gula.
  5. Masukkan petai yang dah direbus dan udang. Masak sampai mendidih
  6. Bila da agak masak tutup api dan dah pun siap.
Selamat mencuba yer


Wednesday 11 May 2011

Ada Sesiapa Yang Pernah?

Selamat Semua
Shaya perlukan further info ni 

Web site dia agak kurang membantu dari segi perincian
Ada sesiapa yang dah join or pernah join?
Sila la kasi pendapat

Tuesday 10 May 2011

Dome+TGI Friday's = Chelsea???

Untuk makluman shemua
Shaya bukan la Kipas Tegar Mati mana2 football team
Shaya biasa2 aja
Time world cup bila dah nak final nnti
Baru la Shaya akan pilih team mana yg nak disokong

Encik K iaitu jejaka pujaan hati Shaya
Adalah Kipas Tegar Mati Chelsea
Makanya bila Chelsea ada game
Seboleh-bolehnya dia nak tgk

K memang dah lama sangat mengidam yang amat nak mkn Beef Pie
Shemua gara-gara tgk AFC channel si Anna Olson tu ha
Maka bergandingan la kami mencari DOME Cafe

Destinasi yang dituju ialah Dome Subang Parade
Kenapa disitu?
Kerana ada urusan lain yg ingin dilakukan di Subang Parade itu
Dome ni menjadi pujaaan hati
Sebab kat situ ada Beef Pie yang terbaekkk sedap dia
Pastry cap dia tu...wallah....well cooked
Gini le rupanya Beef Pie yang diidamkan oleh K
The Fillers~Gourmet Beef Pie

Sementara K menikmati Beef Pie nya
Shaya plak makan ini
Yang pd hemat tekak n lidah Shaya lebih sedap dr Secret Receipi

Italian Warmers~Beef Lasagne
 Pas abes makan kat sini 
Ingatkan dah nak balik
Sekali K ajak masuk TGI Friday's plak
Give Me More Friday
Semua gara-gara nak tgk bola
Manchaster United vs Arsenal
Reason tuk tgk game tu ialah K nak Arsenal kalahkan MU
huhuhuhuhu

Makanya kandungan bahan yang diisi ke perut pun bertambah
Ni K yang order
Friday's Sundae. Vanilla ice cream topped with hot fudge, caramel sauce, nuts and whipped cream
Yang ni plak Shaya yang order
Cream of Mushroom.A rich, creamy soup loaded with mushrooms.
Nasib baik la MU kalah pd Arsenal 1-0
Agak berbaloi la jugak melepak kat TGI Friday's
Sambil menambah lelemak dlm badan
Huhuhuhu

Buat yang teringin nak makan benda alah ni
Sila la ubah keteringinan anda pd benda lain
Sebab out of stock yer buat masa ini

Brownie Obsession. A warm brownie covered in chocolate-fudge sauce, vanilla ice cream, caramel sauce and pecans.

Monday 9 May 2011

Air Masak

Some info nak share
Semua orang tau minum air masak / air suam / air mineral
Sgt penting dan sgt bagus tuk kesihatan
Tp korang tau tak bl masa yang PALING BAIK tuk minum air?
Air paip yg terus ditogok dr kepala paip tak termasuk yer
Percaya atau tidak, 
Pengambilan air dlm masa yg tepat blh memberikan kesan yg optimum kpd kesihatan badan. 

Katanya lau kita 
Minum 2 gelas air masak LEPAS BANGUN TIDUR. 
Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman 

Minum segelas air masak
30 MINIT SEBELUM MAKAN.
Ianya membantu penghadaman & membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang utk kemasukan makanan 

Minum segelas air masak
SEBELUM MANDI. 
Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah 
  
Minum segelas air masak 
SEBELUM TIDUR. 
Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur 


Yang ni plak Shaya punya amalam
Tapi kadang-kadang terlanggar juga 
Minum segelas air masak 15-20 minit selepas makan
Sbb tak mau kasi perut ada spare tyre
huhuhuhu

Paling senang nak buat benda ni bl kat umah la..
Lau kat kedai makan agak pyg jugak nak pektis
Andai info ni slh sila la betulkan
Shebab Shaya bkn pakar pemakanan dan kesihatan mcm Kevin Zahri
So berapa gelaskah anda minum air masak dalam sehari? 
Bila anda minum air masak? 
Adakah masa minum itu sesuai? 

Friday 6 May 2011

The Andaman

Actually lau nak ikutkan n3 ni n3 membayar utang
Sebab masa Shaya wat n3 honeymoon dl
Mimah ada kasi soklan yang berbunyi

The Andaman ni adalah A Luxury Collection Resort so bintang dia 5 la
Terletak kat Jalan Teluk Datai
Sinonimnya lau bintang dia penuh maka location kena mcm private la kan
Nak masuk ke hotel ni agak jauh jugak la
Amik masa dlm 20min jugak la
Dengan pemanduan berhemah yer
Jalan dia agak berliku-liku dan mendaki bukit
Siapa yang biasa mabuk2 lalu jalan berliku-liku
Harus punya boleh muntah

Kami amik package yang disediakan oleh Air Asia
Total air ticket n hotel RM 1,726.00 for 2 pax
Kebetulan masa tu The Andaman ni ada wat promo
Tu yang kami dpt rege agak murah coz lau normal rate mau total dia 2k tuk 2 pax

Bila dan confirm ngan AA n dah dpt hotel voucher
K pun buat courtesy call to The Andaman 
Just nak make sure everything in order
The Andaman tnya tujuan stay kat situ for holiday ker or ada seminar
K informed la for holiday or to be exact for honeymoon
Time tu la dorang offer for honeymoon package
Package ni xde kena extra caj pun

Tp Shaya tak sure la package ni valid tuk pasangan yg dtg honeymoon 2nd time, 3rd time dan seterusnya
Sebab time kami chk in semua duk tegur2 jari kami yg ada inai
Or maybe if nak g 2nd honeymoon kat sini
Kena pakai inai jugak kot
hehehehhehehe

@Lobby Hotel. Tgh tunggu bilik siap kemas. Ada free wifi


Refreshment drink.

Swimming pool

Pasir pantai yang halus dan bersih

Hotel corridor
Menurut The Andaman punya duty manager
Dorang kasi kami bilik dah baru di refurbished
Tile n washroom dia dorang ubah jd lebih cantik
Katanya la kan
King Size punya katil. Bapak bosa

Couch tuk melepak2




Kat atas meja tu ada coffee maker sebenarnya. Dorang kasi espfresso ngan cappucino

Ni plak gambar washroom yang pada Shaya memang cantik
So leh nampak la kebenarnya yg dorang ckp br refurbish
Bila on smua lampu dia
Mmg cantik
Bath tab.

Shaya suka design counter top dia
Kami memang puas hati la dengan bilik dia
Selesa dan best
Service kat The Andaman mmg setaraf dengan amount yang kita kena keluarkan
Alah membayar menang mendiami

complimentary drink
So Mimah kang lau kau blk Msia leh la dtg holiday kat sini

Thursday 5 May 2011

Bestnya


Tiba-tiba teringat keharuman secangkir Darjeeling Tea
Di nikmati bersama-sama dengan beberapa potong biscotti
Wah....manyak siok..


Wednesday 4 May 2011

From Kamdar, Nagoya to Harison

Shemalam Shaya buh kartun psl YES kan
Kartun tu Shaya dpt dr The Star
Ni plak kesah Shaya bershopping kain ela
Actually pembelian kain ni bukan la semata-mata utk raya
Tapi lebih kepada pembelian pukal
Kenapa Shaya ckp mcm tu
Kerana Shaya telah selamat memborong sebanyak 8 pasang kain ela di KAMDAR
Shaya telah memborong kesemua warna bagi kain jenis yang ini.
 Semeter bagi kain cottan corak timbul2 tu ialah RM30++. Shaya tolong belikan sekali kain untuk adik beradik Shaya. Tahun ni kami boria corak tapi berlainan warna.
Nak memilih jenis kain n kaler tu pun siap kena MMS gambo ke kampung lg
Sib baik ada teknologi kan
Sonang sket
Oh ya..KAMDAR skang dah ada buat shopping online
Menarik tp merbahaya nih...hahahahhaha

Pengembaraan pencarian kain ela diteruskan ke Nagoya
Malangnya smua corak tak memenuhi kriteria yang telah Shaya tetapkan

Maka perjalanan diteruskan ke Harisons plak
Kat sini Shaya telah menjumpai apa yang hajati
Walaupun pada mula SA tu duk push2 suh beli kain yg paling latest dan byk org beli katanya
Shaya menjawab if kain tu the latest n ramai yg beli
Tak exclusive la kan...
Merata-rata orang pakai
Sekali terserempak dan mcm boria or kumpulan nasyid
Tidak ketinggalan Shaya telah mensigned up kan diri menjadi ahli
Next time datang leh dpt point dan rebate
Point harison club ni xde expiry cuma kad tu valid tuk 2 thn jer
Than kena renew la

Mungkin akan ada yang bertanya 
Kenapa tak ke JAKEL
Shaya agak kurengggg mengemari JAKEL
Atas sbb2 tersendiri yang tidak boleh dinyatakan disini




Tuesday 3 May 2011

YES

Adakah perkara ini juga terjadi pada anda?
YES...YES..YES???
(Year End Sale)
lalalala

Nuffnang