Nuffnang

Tuesday, 27 May 2014

Janji Sihat

Salam Israk & Mikraj buat shemua
Buat yang bercoti syok la kan
Buat yang kojer mcm Shaya
Selamat berkojer yer

Harini our lil junior dah 18 weeks
My bump pun dah stat nampak

Masa 16 weeks ritu
G wat monthly checkup
Kat Klinik Pakar Wanita & Bersalin Subang Permai
Kebetulan Doc on duty ritu Doc Surinder
Shaya suka jumpa doctor ni
Dia mmg pakar O&G
(Next time Shaya citer lebih details psl Clinic n Doc Surinder ni)

Actually date tuk montly check up lagi 2 hari
Tapi sbb Shaya rasa mcm pening2 lalat
Shaya ni mmg dr zaman dulu lg
Asyik ada low blood pressure
To be safe
Takut time jalan-jalan kang pengsan
Terus la jumpa doctor

Doc buat scan mcm biasa la
Alhamdulillah
Mummy n baby both are in good condition
Than doc tanya nak tau gender baby tak
Shaya dan Kay 2-2 ckp kami tak kisah
Doc Surinder tanya Shaya
U rasa girl ke boy
Shaya jawab ramai yang ckp girl
Than dia tanya whether Shaya setuju ke tidak ngan tekaan orang
Shaya jawab mungkin 
Sebab kali ni punya morning sickness lain compared to ngandung Khaleef

Doc Surinder jawab
Yes its a girl
Coz tiada sebarang bonjolan di celah kangkang baby
Semua kosong
Shaya n Kay senyum jer
Coz for both of us janji baby sihat
My EDD is end of Oct 2014

Monday, 26 May 2014

Bukan Setakat Coklat Je Yang Tak Halal

Kecoh psl ada DNA babi dlm coklat
Semua orang rasa kesal dengan kejadian tu
Sbb buat peminat tegar coklat 
Dah berapa byk coklat jenama tu yang dah dimakan

Shaya mmg tak suka coklat
Kadang-kadang je la ada rasa nak makan
Tu pun sekadar lepaskan batuk ditangga

Bila cakap bab halal haram dalam pemakanan ni
Kita ni pun adakalanya "bias" juga
Shaya pun termasuk dalam golongan "bias" itu

Pada kita arak dan babi tu je la yang haram
Kita tak fikir pun tentang benda lain yang tak haram
Tapi menyumbang kepada penambahan titik-titik hitam pada hati kita
Dah seterusnya memberi kesan kepada perlakuan dan tindakan diri kita

Dulu time Study Shaya amat menjaga pemakanan Shaya
Mana-mana yang "syubhat" mmg Shaya akan elak terus
Masuk kedai makan cina pun tidak
Semuanya sbb nak jaga supaya tak mudah lupa
Maaf..Shaya bukan hebat cuma ni salah satu ikhtiar time blaja dl
Mungkin  ada yang mencebik
Dengan kenyataan Shaya ini

Bila dah ada anak ni
Shaya tanamkan niat dlm hati
Mmg nak control ketat bab pemakanan dia
Benda-benda yang melemahkan minda
Makanan mcm organ-organ (hati, pedal), 
Makanan half cooked mcm telur separuh masak
Semua akan sedaya upaya Shaya elakkan

Tapi jujur Shaya katakan
Bukan senang nak tunaikan niat ni
Sbb kita harus "berperang" dengan org sekitar kita
Terutamanya next of kin kita
Kang kalau kita kata jangan
Silap-silap ada yang sentap
Nak tak nak dengan berat hati
Terpaksa la juga
Memberi sedikit kelonggaran

Teori penjagaan makanan tuk minda ni
Memang terbukti pada ramai bijak pandai
Dorang maybe just cakap makan makanan yang berkhasiat

Contoh paling dekat ialah diri Shaya sendiri
Sekarang ni pun
Banyak "ilmu" yang dah ingat-ingat lupa
Badan pun adakala duk berangin jer
Sbb dah "tak jaga" sgt bab-bab makan ni
Moga Shaya terus diberikan kekuatan
Untuk "menjaga" pemakanan anak-anak Shaya
Insyaallah

Friday, 23 May 2014

Terasa

Kalau pegnen yang dulu
Tekak ni asyik la duk "terasa" nak makan macam-macam
Tuk yang kali ni
Tak berapa pulak "terasa"nya
Lagi-lagi bila makannya je
Kang sure muntah balik
Or kalau makan pun
sikit ya amat

Mcm haritu
Duk teringin nak makan lontong
Mak Shaya beriya la msk
Shaya mkn nasi impit tu 4 ketoi jer
Mak masak punya la banyak
Yang untungnya orang lain la

Menjak masuk bln kedua 
Tekak ada terasa mau makan buah rambutan
Tapi belum musim mana nak jumpa
Redha je la dengan buah rambutan dlm tin

Malam kelmarin
Pegi Jaya Grocer Bukit Jelutong
Membeli makanan tuk si rambut perang
Sekali ada jual rambutan
Sepeket tu dlm stgh kilo RM 4++
Shaya amik 2 peket
Anak tekak sudah rasa manisnya rambutan
Walau pun belum makan

Beralih ke tempat sayur-sayur
Nampak pulak terung pipit
Huhh..berjaman tok kadok tak makan
Dah terbayang terung pipit tu ditumis dgn cili padi pastu buh telur
Makan ngan nasi panas
Umang aiiii
Syurga dunia

Nafsu punya pasal
Shaya amik gak 2 peket
Sbb fikir nanti
Kang lau amik sepeket tak cukup plak
Mak yong ni nak mkn

Buat yang xtau rupa terung pipit tu camne
Ni gambar yg digoogle
Sbb time mkn semalam syok sgt
Lupa mau amik gambo
Google
Incik Kay Shaya fobia dengan terung dia
Sbb dia kata 1st time dia try makan
Pastu muntah-muntah
So kurang la jumlah "saingan' tuk makan sayur tumis terung pipit tu
Maka jumlah portion Shaya makin bertambah banyak
hehehehehe


Thursday, 22 May 2014

Sayangkan Tekak

Citer yang telah jadi pekasam
Dan hasilnya juga dah selamat menjadi 'baja'

Hasil shopping Incik Kay di Sandakan
Macam-macam ada
Dan semuanya murah-murah belaka
Udang saiz paling kecik
Udang yang lebih besar dari tapak tangan
Ikan kerapu
Udang dan Kerapu

Lobster
Nasib baik la ada Mrs and Mr Chef
Yang bleh tolong masak lauk-lauk spesel dgn seafood tu semua
Esp yang lobster tu
Takan nak masak kari plak

Antara menu yang terhasil
Siap menu seafood
Ketam tu mak Shaya masak berlado
Udang tu goreng ngan butter
Lobster tu bakar dgn cheese
Pastu sos telur masin

Yang masak lobster tu adik Shaya
Dl dia pernah keje kat hotel
Shaya pun xtau camne dia masak
Shaya cuma tau makan saja

Ni le rupanya lobster yg baru siap dibakar dengan cheese
Selain tu ada lagi menu lain
Tp tak sempat nak di ambik gambo
Sbb dah abes dingap

Mcm ikan siakap tu msk 3 rasa
Udang tu ada jugak yang dibuat masak lomak






Wednesday, 21 May 2014

Selfie

Semua org dah maklum apa itu selfie
Shaya so far belum lg terjebak la
Tuk berselfie ni
Belum ada hati

Tapii...
Tak disangka-sangka
Anak ku si Khaleef Imran
Udah pandai berselfie
Ni buktinya

Shaya sua kat dia iphone Shaya
Shaya on camera n turn ke arah dia
Pastu dia sendiri yang tekan tuk snap gambar dia
Pastu mintak nak tgk gambar

Oh...My Khaleef



Tuesday, 20 May 2014

Mini Photobook

Mcm perempuan lain
Bila ada offer
Pasti kita akan tertarik
Mcm tu jugak la Shaya

Bila tgk offer photobook kat groupon, living social n etc
Semuanya murah n terasa nak bl
Lagi-lagi yang free tu
Laju je tangan tekan "buy"

Bila da bl tu
Nak membuat photobook tu
Punya la "bercinta"
Ada sekali dl
Sampai expired kupon tu

Last weekend gigih la menyusun gambo
Tuk dijadikan photobook khaleef
Semua gambar masa dia baru lahir
(Fresh from oven)
Punya la berkurun nak membuatnya
Khaleef dah 18 bulan pun
huhuhuhu

Susun pun main ala kadar jer
Janji ada kenangan
Siap terus upload
Dan harini dah dpt photobook tu
Senyum sendiri tgk gmbar khaleef time baby


Thursday, 15 May 2014

Being Featured

Ehem...Ehem..
Cer tgk gambar ni
Agak-agak klau ternampak cam tak?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Alkisahnya poster tu digunakan tuk career fair
Masa memula HR bagitau
Yang nama Shaya antara yg dicadangkan 
Shaya dah gelak besar
Sbb all this while
Muka yang selalu keluar
Muka yang "muda remaja"
Yang runcing2 n selim melim
Now nak kuarkan muka "Mummy2"
Yang dah "lebar-lebar" ni

Masa hari nak buat Photoshoot tu
Shaya boleh lupa plak
Paginya Shaya pegi wat follow up kat authority
So Shaya pakai la Bj kurung
Skali masuk office
Baru Shaya perasan
Nak tak nak
Terpaksa la balik tuka baju

Psl baju pun 1 hal
Office attire warna putih semua mcm ngam-ngam jer kat bhg peyut
Rasa tak selesa plak
So pakai je la blouse hijau tu

Sampai je kat opis ngam-ngam 1 session abes
Shaya terus makeup
Photog plak buat setting utk 2nd session

Photog ckp
Dia nak experssion muka yang confident
Tapi dlm masa yang sama friendly and natural
Aduyai..
Agak susah
Banyak kali jugak Shaya suruh photog tu stop
Sbb Shaya rasa mcm "keras" jer
Sbb dah lama sgt kan
Tak "meliuk lintuk" kan badan
Hahahaha

Monday, 12 May 2014

Felda Residence Kuala Terengganu

Kisah ni dah lama terperap kat draft folder
Tapi xpe la
Kita kasi publish jugak la
Walau citer ni dah makan taun

Sambungan coti-coti pantai msia yang berjaman

Sampai je kat KT
Terus carik hotel dulu
Agak berpusing2 jugak memula tu
Sbb ingatkan hotel tu kat area Pasar Payang tu
Rupanya
Keatas lagi
Kena lalu depan Hotel Sri Malaysia

Harga bilik dia RM 178
Keadaan fizikal luaran hotel
Nampak mcm tak berapa hebat
Maybe sbb tanah dia kecik
Rasanya less than an acre
So building dia tu
Slim n tall je la
Entrance lobby dia pun sempit
Chk in counter dia bukan kat lobby
(lupa dah tingkat bape)
Sambil tunggu dorang siapkan bilik
Sekodeng la keadaan sekitar dia
Nampak la benda alah ni

Lepas chk in
Kami turun kat bawah
Lepak-lepak kejap kat cafe dia
Tgk org mancing sambil makan kepok leko
Lepas asar
Kami stat gerak pegi ronda-ronda kat area Masjid Kristal

Utk sesi dinner kami makan kat area Losong
Sbb dah berjaman lupa nama restaurant ni
Tapi lokasi dia dekat bawah jambatan
Dan dia betul-betul sebelah muara
Tak silap Shaya kedai makan ni
Ada masuk JJCM

Ni antara menu yang kami order

Secara keseluruhan
Lauk-lauk dia ok la
Cuma servis tu agak lambat
Ni bukti yang kami berjaya juga abeskan lauk-lauk kami



Friday, 9 May 2014

Gara-Gara

Sememangnya pengalaman pegnen mmg berbeza-beza
Tuk yg kali kedua ni
Dlm tempoh 14 weeks
Berat Shaya dah turun sebanyak 6 kg
Semua gara-gara xlalu nak mkn
Dan juga tiap kali makan sure muntah balik

Perut masih belum nampak
So mana yang tak tau
Pasti akan tegur kenapa Shaya nmpk kurus mendadak
Dorang ckp pipi yang bam bam pun dah kempis

Yang buat Shaya sendiri terkejut
Shaya boleh pakai bj kurung moden
Which is Shaya tak boleh nak pakai before this
Sbb sendat kat bahagian pinggang n peyut
Skali bl pegnen ni elok plak dia jd longgar
Oh...my baju


Wednesday, 7 May 2014

Penjual Kain

Smlm ada baca kat instagram
Sorang ni ada bad experience dengan penjual kain
Sale assistant tu mcm bolayan jer
Sbb dia dtg pakai bj yg ala kadar

Shaya pun ada pengalaman yg mcm tu
Pegi ke gedung kain tersohor di Shah Alam
Actually Shaya mmg dah lama pangkah gedung ni
Sbb rege kain dia after sale tu
Sebenarnya xde la murah pun
Corak yg dia kata exclusive tu
Idak le exclusive sgt
Tp sbb mak beriya nak pegi
Bawak kan la jugak

Rombongan cik kiah dan incik Khaleef pun 
Tiba la di gedung kain tu
Dah la aritu tu ujan
Shaya, mak, adda n khaleef turun dl
Sbb Alice g carik parking
Time tggu Alice tu
Dah ada sorang mamat ni duk promot2 kain
Shaya jawab
Tunggu kejap jer
Sbb sorang lg belum sampai
Tgh parking kete

Bila Alice dah sampai
Kami pun terus la ckp nak kain jenis apa
Dengan harapan
SA tu akan bwk terus kat bahagian kain tu

Ni tidak
Org dah sebut dengan jelas
Nak kain sutera crepe kosong
Dia g bwk ke bhg kain yg lain
Semua la kain tu yg latest n ada sale

Bila kita ckp
Ni bukan sutera kan
Selamba je dia jwb
Ya la
Rasa nak hantok kepala dia kat dinding
Kita ni dah ckp dgn jelas
Nak Kain Sutera Crepe Kosong
Last tu baru dia ckp
Sutera kat section atas sekali
Kesabaran masih ada lg masa tu

Naik ke tingkat paling atas
Terus kena terkam dgn SA pompuan plak
Terus tanya nak kain apa
Bagitau lg sekali nak kain sutera crepe kosong
SA tu tunjuk kain satin kosong
Adoyai adik...
Akak nak sutera dik non
Ni bukan sutera
Sakit hati dah ni

Ulang tuk kesekian kali
Sutera crepe kosong ada tak
Finally dia ckp
Tak ada la kak

Ha...kan senang ckp xde je dr awal
Pastu kami ni duk la belek bj ready made dia
SA tu dengan bangga ckp
Kain ni mahal kak
Bukan org biasa yg pakai
Pastu kena dry cleaning jer

OMG
Kau xyah ckp pun akk tau dik
Tu kain apa n cara nak jaga dia

Kami ni nampak cikai sgt kot
Sampai adik tu ckp mcm tu skali
Mcm kami ni xde bj kain chiffon

Sbb dah sakit hati sgt
SA tu kami tinggal mcm tu jer
Pastu bila boss pompuan dia perasan dia cuba tahan 
Shaya jwb dgn berhemah lg
No...its ok
Kita xjumpa yg kita carik
Thank you

Lau ikutkan rasa hati Mak Shaya
Mau je dia beli kain yg bdk tu kata bkn org biasa yg pakai tu
Tapi lau ikut hati mati kan
Kami tak turutkan kata hati
Makanya selamat duit kami pd hari tu

Buat penjual-penjual 
Please la jgn main nak judged org mcm tu jer
Takan everytime dtg nak kena usung enbeg LV tu
Emas berlingkar2 kat lengan mcm Mami Jarum
Sepeking omputeh
Baru kau nak bg layanan high class
Sbb kau rs tu br org ADA-ADA or bukan org biasa

Lau yg dtg pakai enbeg coach jer
(Sekurang2 akk tak pakai enbeg imitation ye dik non)
Jeans pun lusuh
Tudung ikan kembung
Kau anggap org biasa

Nuffnang