Nuffnang

Tuesday 2 August 2011

ULTRAS MALAYA

Siapa yg pegi tgk bola Msia vs Singapore ritu
Sure akan nampak 1 group ni
Pakai jersi kaler harimau malaya
Tapi kat blakang ada no 12
Duduk dlm 1 group
Pastu duk bersorak2 n menyanyi2

Mana yg tgk kat umah Shaya xsure
Ada ke camera zoom pd dorang ni

Dorang ni dipanggil sbg Ultras Malaya
Dah dekat2 mcm Ultraman plak

Ultras Malaya punya group
Dorang ni memang hebat la
Biasa org bersorak n bergendang
Time game jer
Ni after game habis pun dorang still menyanyi dan bergendang

Ramai plak tu yg bkn group Ultras Malaya ni
Yang duk layankan nyanyian dorang
Kami duk layan kejap sementara nak kasi
Laluan nak kuar clear


Sape nak join club ni
Shaya terjumpa info ni dr forum carik

Jom Jadi seorang ULTRAS MALAYA


Ramai yang masih tertanya-tanya bagaimanakah hendak menyertai Ultras Malaya, perlukah mengisi borang? perlukah bai'ah? macam pertubuhan kongsi gelap pula UM ni dengan pertanyaan-pertanyaan sedemkian. 
Ultras Malaya terbuka kepada semua pencinta bola sepak tempatan, baik pasukan negeri mahupun pasukan kebangsaan. Tetapi keutamaan kami adalah untuk memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan MALAYSIA. Tetapi criteria yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berjiwa ULTRAS ialah dengan:

1. PAKAIAN: Sentiasa memakai pakaian yang berindentitikan MALAYSIA apabila ke stadium. Memakai jersey MALAYSIA, kalau tiada jersey Malaysia bolehlah memakai pakaian yang berwarna hitam (Hitam sinonim dengan pergerakkan ULTRAS), kalau tiada kedua-dua di atas, bolehlah memakai jersey pasukan negeri masing-masing. DiHARAMKAN sama sekali untuk memakai jersey pasukan/kelab LUAR NEGARA. Ingat kita datang sebagai rakyat MALAYSIA bukan rakyat England ker? Rakyat Spain, Rakyat Jepun ker? Rakyat Brazil etc
(Shaya suka dengan syarat ini sbb dia mendukung jati diri cintakan negara)
 
2. MUFFLER: Sila bawa Muffler. Muffler merupakan ciri-ciri penting seorang ULTRAS. Muffler penting untuk kita melakukan pelbagai aksi dan gaya sokongan apabila kita di stadium kelak.
(Ptt la nampak smua duk kibar2 muffler je timen bsorak n menyanyi)
 
3. BENDERA: Bendera Malaysia juga salah satu elemen penting.

4. KASUT: Sila pakai kasut. Benda ini wajib untuk sebagai imej penyokong yang yang berpakaian kemas dan cantik atau faktor kesemalatan juga. NO SELIPAR dan SANDALS.
(yesser...kemas, cantik dan selamat)

5. BERDIRI: sebagai seorang ULTRAS, mereka perlu berdiri sepanjang 90 minit perlawanan. Ini adalah cara sokongan semua ULTRAS di seluruh dunia.
(Memang dorang berdiri je dik non. Akk tak nampak dorang ni duduk)

6. MENYANYI: Kita perlu menyanyi tanpa henti sepanjang 90 minit perlawanan berlansung tanpa dipengaruhi apa jua keputusan. ULTRAS menyanyi berpandukan Chants/Lagu yang diarahkan dan diketuai oleh Capo ULTRAS.
(Seyes..respek giler tenaga dorang ni..Mcm buat konsert je ha nyanyi tak henti)

7. PATUHI ARAHAN KETUA: Di stadium, ULTRAS sentiasa patuh pada arahan CAPO. CAPO ini yang akan bertindak selaku ketua untuk memberikan arahan dan gaya bentuk sokongan kepada pasukan. CAPO jugalah akan mengetuai nyanyian Chants/Lagu
(Contoh yg baik utk memimpin ni. Patuh pd Ketua Sahaja. CAPO ni siap pakai haler kau)

8. CURVA: Apabila berada di dalam stadium, ULTRAS akan memilih untuk duduk dikawasan berhampiran belakang sisi pintu gol, dinamakan CURVA. CURVA inilah tempat yang paling sesuai dan selamat untuk menjalankan aktiviti ULTRAS yang aggresif. Curva jauh daripada penonton biasa, golongann keluarga dan kanak-kanak.
(Bagus sbb fikirkan keselamatan org lain)

9. DILARANG MEMBALING OBJECT: Sila menjadi penyokong yang berdisplin. Jaga tingkah laku anda. Jaga imej penyokong ULTRAS. Jangan sesekali cuba membaling object ke dalam balapan, longkang mahupun padang. Tingkah laku ini hanya dilakukan oleh PENYOKONG BODOH lagi tak BERTAMADUN. Mereka ini semua adalah LALANG di stadium, sila jauhi sikap buruk ini. Jikalau anda gagal mematuhi, kami tidak sesekali teragak-agak untuk menangkap dan menghantar anda kepada pihak bertanggunjawab.
(Yang ni based on game hari tu Shaya nmpak ia tidak dipatuhi)

10. EMOSI: Sebagai seorang yang berjiwa ULTRAS paling penting untuk menjaga emosi! Walaupun pasukan kita bermain tidak seperti yang diharapkan mahupun keputusan yang tidak memihak kepada kita, tetapkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan walau apa jua keadaan. Nyanyian lagu-lagu semangat penting untuk menaikkan semangat juang dan moral pemain.
(Memang nyanyian dorang mampu menaikkan emosi penyokong)

11. AMBIL TEMPAT: Bila duduk bersama kami sila ambil tempat masing-masing iaitu dikawasan kerusi tempat duduk penonton, bukannya bersidai di kaki lima. Tempat itu khas untuk Capor Ultras dan orang-orang kuat Ultras untuk ketuai nyanyian dan formasi pergerakkan. Kalau nak menempel kat situ, silalah pergi ke pintu lain. Bukit Jalil besar dan 100k capacity, banyak lagi ruang untuk menyemakkan diri. Tetapi bukan di situ, kami mahu pergerakkan ini tersusun rapi dan cantik.
(Dr jauh memang nampak cantik je movement dorang. Dorang ni siap bt mcm ala2 dikir barat gitu)

12. FLARE & SMOKE BOMB : Penyalaan suar atau pun bom asap hanya perlu bila mendapat arahan dari ketua. Jangan memandai-mandai untuk bakar sendiri. Bila ditangkap pihak berkuasa kami tidak akan bertanggungjawab. Kalau nak bakar sendiri pergi sertai kumpulan lain dan tempat lain. Kami tidak mahu cara sokongan ini "well organized" baru orang tidak akan pandang serong. Sebab itu serahkan pada yang arif tentang bab ini.
(Dorang bakar after game dah habis)

13. Sila patuhi arahan semua diatas, barulah anda layak digelar seorang ULTRAS dan layak untuk berjuang bersama-sama ULTRAS MALAYA. Sekian~
Ada sesepa berani nak join?
Ultras Malaya ni ada dia punya website
Tapi mcm dah kena suspend je plak
Xtau atas sbb apa
 


9 comments:

lieyalatif said...

dasah yeak penyookong ultras tu....tapi tak syok ar tetap ade kejadian bakar2 bunge api kan....

kurus said...

x kenal dik .. tahu sorak bila masuk gawang je .. hermm join2 nie bagi org mude2 lahhh :))

Dr K said...

harapnya Ultras Malaya tak jadi hooligan! ~haha

Pesta Irama Jiwa said...

awak kata no.9 tak dipatuhi...saya nak perbetulkan skit...kalau baling objek mcm paper roll tu memang ada...tapi kami UM di curva 1Q tak balik botol air, mercun & seumpamanya....

ieda-terima kasih sbb kata yg joim UM ni org muda...sbb umur saya dah 35thn pun join UM...kira muda la ye...hehehe

Daddy Ziyyad - Insyallah UM takkan jadi Hooligan...tapi ...

Shaya - Web UM suspended sbb bandwidth full...biasa terjadi bila Malaysia ada game penting...harap maklum...

Cheritera Kami said...

@lieya
kan..tang bakar2 tu yg xsiok

Cheritera Kami said...

@ieda
cer akk google kak..dorang ni pemes gak ni.akk pun muda lg apa

Cheritera Kami said...

@Daddy Ziyyad
hehehehe

Cheritera Kami said...

@Pesta Irama Jiwa
tq yer kasi feedback pls item no 9 tu..maybe yag baling tu bkn dr UM maybe dia duduk dekat ngan UM..so nmpak mcm ia dtg dr UM..itu based on apa yg shaya nak secara gitu2 jer..shaya tak perati betul2 la kan..hehehehe

Pesta Irama Jiwa said...

yang dibakar tu flare...diorg pegang sendri n tak campak ke mana-mana pun...diorg tau benda tu bahaya, so diorg handle dgn berhati hati...
*tapi ada reporter singapore ckp "Malaysian supporters throwing firecracker to the field"konon sebagai tanda protes sbb kalah hari tu....masalah betul reporter tu, sbb ckp benda yg tak betul....

Nuffnang